Tuesday 19 April 2016

Belukar Bukit Vs Air Terjun Sekayu

Assalamualaikum...

Hari sabtu lepas aku berjaya spend hari tersebut dengan swimming di Air Terjun Sekayu. Awalnya ingat nak swimming kat pool di TER, Kuala Ibai tapi disebabkan dengar kata peraturannya agak strict which is you should wear swimming suit, so aku decide untuk swimming kat sekayu waterfall.

My expectation is totally right where the waterfall was so crowded. Memang moody la sebab aku kena jalan a bit far for looking best area for me to swim. Alhamdulillah finally jumpa jugak tapi yang sedihnya air tak dalam. Mujur boleh swim tapi sekejap je la ibarat makan gula-gula kapas, masuk mulut dah terus meresap. Macam tu la aku swim. Sedih betul haha. Tapi tu la sedih pun boleh jugak rendam badan sejam lebih. Kental yaaa. Lepas aku mandi di sekayu waterfall aku ajak kawan aku pergi belukar bukit, teringin nak tengok keadaanya macam mana sebab kawan aku cakap tak ramai orang pergi situ. Bila aku dah sampai situ barulah segala persoalan aku terjawab.


Pintu masuk Sekayu Waterfall. Cantik kan =)



Aku cuba cari gambar yang menunjukkan air di sekayu waterfall jernih. Malangnya tiada dan ini je yang memuaskan hati. 








Korang tengok sendiri kat sini tak banyak batu kan. Senang nak swimming tapi kat sini kena extra careful sebab banyak kawasan air dalam


Kebersihan
Aku yakin majoriti setuju dengan jawapan aku which is sekayu waterfall lagi bersih dari belukar bukit sebab kat sekayu ada orang jaga (sapu sampah dan daun kering) berbanding belukar bukit yang sangat kotor (polisterin di mana-mana).

Kejernihan Air
Sumpah aku terkejut tengok air kat belukar bukit. Airnya berwarna hijau gelap dan kat situ air dalam. Jangan buat main.. Time aku pergi pun ada RELA tengah mengawasi bebudak laki yang mandi kat situ. Tapi yang best kat belukar bukit tak banyak batu. So senang la nak swim. Untuk sekayu waterfall pulak airnya memang crystal clear water sehinggakan hang boleh nampak ikan dan pasir di dasar. Waterfall kat kampung aku pun tak jernih macam ni.

Facilities
Facilities served at sekayu waterfall is better than belukar bukit. Tandas bersih, banyak tempat salin baju, banyak tong sampah dan kawasan parking yang luas. Korang kena bayar RM3 sebelum dapat masuk kawasan sekayu waterfall di mana RM1 untuk parking manakala RM2 untuk yuran kemasukan. Belukar bukit pulak ada tandas tapi dicemari dengan gejalan vandalism. Dah macam port penagih dadah. Sangat teruk.

Jalan ke waterfall
Dari pekan Kuala Berang kita akan jumpa sekayu waterfall dulu di mana road condition agak baik. Jalannya agak luas, rata dan ada banyak rumah penduduk. So don't worry nak ke sekayu. Ianya jelas berbeza dengan belukar bukit di mana jalannya sempit, agak curam dan berliku-liku. Masa aku pergi memang tak banyak rumah dari laluan sekayu ke belukar bukit. Scary betoi.

To sum up, of course la waterfall sekayu is better than belukar bukit. Jangan lupa ajak mak ayah adik kakak datang sini. Memang highly recommended la. In shaa Allah this weekend ke Tasik Kenyir =)


6 comments:

  1. Saya prefer air yg clear crystal sebab boleh nampak dia punya kdalaman. Takut kalau yg dalam2 sebab xreti swimming. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. salah satu langkah berjaga-jaga

      Delete
  2. lama aih x pegi air terjun... =) aina klu pergi biasa dok rendam kaki je la. maklum la penakut air.. =P

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak tengok nature kita hihi bestnya masuk hutan sekali sekala :)

    ReplyDelete