Monday, 4 April 2016

Terima Kasih KTM!

Assalamualaikum...

Pada 2 April lepas jam 9.30 malam saya mendapat khabar kematian toksu saya di Perak. Arwah telah menanggung kesakitan barah payudara selama 20 tahun lebih. Dua minggu sebelum itu saya ada termimpi yang gigi graham bahagian bawah saya tercabut. Memang cemas bila bangun sebab orang tua selalu cakap kalau kita mimpi gigi tercabut ada orang yang kita kenal yang akan meninggal dunia. Saya cuba kawal fikiran dengan beranggapan itu hanya sekadar mainan tidur.

Jam 3.40 pagi 3 April abang ipar saya dari perak datang menjemput untuk ke perak. Alhamdulillah selamat sampai rumah toksu sebelum jam 7 pagi. Rasa dingin pagi ditambah pula dengan arwah toksu yang meninggal dalam keadaan senyum cukup membuat hati saya sebak. Syukur jenazah toksu selamat dikebumikan janm 11.30 pagi.

Keesokannya pula saya, adik dan mak decide untuk pulang ke kedah sebab saya perlu siapkan banyak tugasan. Kenapa tak siapkan di Perak? Sebabnya internet connection kat kampung sangat menyedihkan. Haha.

Memandangkan tiada sesiapa yang free untuk menghantar kami pulang ke kedah, so kami decide untuk pulang menaiki ktm. Tiket dari kamunting ke gurun hanya RM10.50 per person. Sekarang dah tak ada ktm direct dari kamunting ke gurung. Kitorang kena transit di Bukit Mertajam then tukar ktm ke gurun.

Saya sangat rasa terharu dengan pihak ktm sebab mereka care dengan golongan tua macam emak saya. Emak saya menggunakan tongkat dan emak hanya boleh melangkah kecil. So pergerakan emak sangat perlahan. Seorang pekerja bahagian perlepasan di stesen ktm kamunting bagi tau driver train supaya berhenti lebih lama sedikit di stesen ktm bukit mertajam supaya emak saya dapat mengambil masa untuk bergerak. Dan pekerja tersebut turut ada memberitahu bahawa driver train di bukit mertajam akan tunggu kami sebelum memulakan perjalanan ke gurun.

Memang benar apa yang dikhabarkan. Kami penumpang terakhir yang menaiki train ke gurun di stesen ktm bukit mertajam. Kami disambut oleh driver ktm yang berusia dalam lingkungan 20-an dan sebaik sahaja kami boarding baru train bergerak. Dalam hati ni rasa sangat terharu dan turut rasa serba salah kepada penumpang lain kerana terpaksa menunggu ketibaan kami. Last but not least, saya tak rasa teragak-agak untuk menaiki public transport seperti ktm untuk pulang ke kampung sebab layanan yang diberi sangat baik besides harganya yang murah =)

6 comments:

  1. Salam takziah.
    Alhamdulillah, baguslaa kalau semua orang bekerja macam mereka. :)

    ReplyDelete
  2. salam takziah.

    dan Alhamdulillah, urusan naik ktm dipermudahkan

    ReplyDelete