Thursday 30 June 2016

Resepi Biskut Puteri Salju

Assalamualaikum...

Siapa di sini suka makan cornflakes? Cornflakes bukan sekadar boleh dibuat cornflakes madu tapi turut boleh dibuat biskut. Sempena lebaran yang tak lama lagi berkunjung tiba, korang boleh dapatkan lapan resepi biskut berasaskan cornflakes di belakang kotak Nestle Corn Flakes. Aku beli cornflakes yang ada resepi biskut puteri salju. Aku dah buat pun semalam dan rasanya perghhh, memang sedap.


Bahan-bahan
160gm tepung gandum
100gm tepung kastard
200gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik

100gm Nestle Corn Flakes dikisar halus
350gm mentega
190gm gula kastor
4 biji kuning telur
2tsp esen vanilla

Hiasan
Gula aising diayak

Cara Penyediaan
1- Pukul mentega, esen vanila dan gula sehingga menjadi ringan berkrim
2- Masukkan satu demi satu kuning telur dan pukul sehingga sebati
3- Ayak bahan-bahan A dan masukkan ke dalam adunan
4- Gaulkan corn flakes ke dalam adunan sehingga menjadi doh lembut
5- Menggunakan beg acuan semperit, masukkan adunan tadi ke dalam beg dan paipkan di atas dulang
6- Bakar dalam ketuhar bersuhu 160C selama 20-25 minit sehingga perang keemasan
7- Ayak gula aising di atas biskut sebagai hiasan




Aku buat tiga adunan memandangkan berat satu kotak corn flakes besar ialah 325gm. Memang dapat banyak dalam 200 biji atau lebih. Tentang bentuk biskut pulak, aku tak guna beg acuan semperit dan aku hanya buat bulat-bulat kecil comel-comel gitu and then aku tekan guna garfu bagi leper sikit dan menghasilkan corak yang menarik. Memang sangat mudah nak buat biskut ni. In shaa Allah next entry aku share resepi biskut arab.



No comments:

Post a Comment