Sunday 19 June 2016

Selamat Hari Abah!!!!

Assalamualaikum...

Aku kenal abah aku sebagai seorang yang sangat tegas dan garang. Dulu waktu kecik, kalau balik rumah selepas maghrib mesti kena pukul. Kalau bergaduh dengan adik-beradik yang lain mesti kena luku kepala dengan abah. Tapi bagus bila abah ada semua behave. Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untuk aku merasa kasih sayang abah kandung hingga ke hari ni.

Aku juga kenal abah aku sebagai seorang yang pemurah. Apa sahaja yang anak-anak nak abah akan beli walaupun abah tahu abah tak banyak duit. Sebelum abah beli mesti la kena dengar dia berleter dulu.

Aku kenal abah sebagai seorang yang sangat lembut hatinya. Abah memang sangat tidak pandai tunjuk rasa lembutnya hati dia pada anak-anak. Mak pernah cakap abah terasa bila kami selalu ucap 'Selamat Hari Ibu' saja, bukan 'Selamat Hari Ayah'. Memang salah kami, abah. Kami tak nampak kasih yang abah berikan sebab abah tak terlalu tunjuk.

Aku kenal abah aku sebagai seorang yang sangat sederhana. Abah tak suka berhutang banyak, sebab tu la abah tak beli kereta. Dulu kalau nak balik kampung kami satu family naik teksi. Memang dulu jarang sangat balik kampung. Tapi semenjak mak beli kereta kancil cash, kami lebih kerap pulang ke kampung dan alhamdulillah kami dah tak banyak bergantung pada orang, malah kami turut memberi manfaat pada orang lain. 





Abah juga cukup marah kalau kami adik-beradik makan jajan dan soft drink sebab takut kena sakit buah pinggang. Terima kasih abah kerana mendidik, menjaga dan membesarkan kami enam beradik dengan baik sekali. Doa untuk abah, "Ya Allah, Kau panjangkanlah umur abahku supaya aku sempat membalas jasa dan abah sempat menambahkan amal dan bertaubat padaMu. Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik pada abah supaya abah dapat bermain dengan cucu cicitnya dan menyebarkan dakwah. Ya Allah, Kau haramkanlah kendua ibu bapaku daripada memasuki api neraka, aku berusaha untuk menjadi anak yang solehah supaya abah dan mak dapat memasuki syurga". Ameen.

p/s : saya tak ada gambar abah sebab abah tak suka ambil gambar

3 comments:

  1. Assalamualaikum Munirah,

    Sayu hati saya bila cerita tentang abah.. Teringat jasa dan pengorbanan beliau semasa membesarkan saya.. Semoga kita sempat membalas insan yang kita panggil abah...

    ReplyDelete
  2. walaikummussalaam.. ya betul tu abah memang gitu sifatnya.. tapi pengorbanan yang diberi tu mmg banyak..
    Alhamdulillah dulu masa kecik2 pun jarang dapat makan jajan2 ni.. sampai skrg la tak jadi habit un nk kena makan jajan..

    Blogwalking sini, jom share apakah post pertama anda?

    Post Pertama AH di Dunia Blogging article..

    ReplyDelete
  3. Abah ni cara dia tunjuk kasih sayang lain sikit kan? But, we know abah loves us. :')

    ReplyDelete