Thursday, 21 July 2016

Penang Trip : July 19 2016

Assalamualaikum...

Korang tau kan ada kawasan tertentu di penang dan kedah dinaiki air. Tengok weather forecast one day after the flood pun menunjukkan hujan sepanjang hari. Aku dengan kawan-kawan hampir cancel kitorang punya trip ni, tapi dengan izin Allah kitorang tawakal dan alhamdulillah sampai juga penang. Cuaca ok je kejap hujan kejap hujan renyai.

Kitorang start gerak pukul 9.15 pagi naik kereta kawan aku. Kami naik melalui tol Sungai Petani Selatan (lebih dekat). Overall kos tol sampai tol Penang Bridge ialah RM10.60 untuk satu hala. Tapi masa kami balik kena tol RM3.60 je. Kami sampai kat Penang pukul 10.30 tapi kami sesat sejam lebih. Hampir pukul 12 tengahari baru kitorang sampai 3D Trick Art Museum. Kitorang park kereta kat Padang Kota Lama pastu jalan kaki ke 3D Trick Art Museum. Tak jauh pun jalan kaki, ada la dalam 3 minit.

Bila kita nak travel, kena pastikan IC dan student card dibawa untuk cheaper price ticket. Korang perlu bayar RM15 if korang bawa IC untuk masuk 3D Trick Art Museum. Lebih menyeronokkan bila ada staf muzium akan follow kita dan tolong ajarkan cara untuk kita pose dan diorang juga boleh tolong ambilkan gambar untuk kita. So semua orang boleh interframe.

  Kitorang berjalan kaki dari tempat parkir di Padang Kota Lama ke 3D Trick Art Museum



Depan 3D Trick Art Museum



















Lepas kitorang pergi 3D Trick Art Museum, kitorang lunch kat Padang Kota Lama. Bagi aku harga makanan kat sini standard la, tak mahal dan tak murah sangat. Kami semua order coconut shake dan char koey teow di mana masing-masing berharga RM4. Lepas makan kitorang lepak jap kat tepi pantai.







Lepas lepak kat pantai kitorang pergi Bukit Bendera. Jarak Bukit Bendera dari Padang Kota Lama dalam 15 minit bergantung kepada keadaan trafik. Kami sampai pukul 2.30 kat Bukit Bendera. Kalau korang bawa student card, korang just perlu bayar RM5 je. Kalau korang just bawa IC korang kena bayar RM10. Harga tiket ni bukan untuk fast lane tau. Korang kena naik train untuk sampai ke puncak dan ia mengambil masa kira-kira tiga minit. Dalam train korang kena berhimpit sikit la. Kalau bau acamm tu tahan jela, tak lama pun tiga minit je huhuhuu.















Pemandangan Pulau Mutiara dari puncak Bukit Bendera. Cantik kan =)



Kat atas bukit bendera ni ada banyak muzium seperti toy museum and owl museum. Tapi korang kena bayar ticket nak masuk dalam. Kitorang yang tengah save masa dan wang ni memang idokk ler nak masuk dalam muzium tu. Kat atas ni pun ada botanical garden. Tak rugi datang bukit bendera sebab korang dapat tadabbur alam yang tidak terhingga nilainya. Atas ni juga ada facilities seperti masjid dan kuil. Don't worry pasal korang punya solat. Dalam pukul 5 petang kitorang bertolak pulang sebab mak dah pesan jangan balik malam. Walaupun sikit je tempat yang kitorang dapat pergi tapi ia cukup dapat mengeratkan lagi persahabatan kami.



video

Kat atas ni video yang aku dah siap edit masa aku pi penang hari tu. Sorry kualiti video kureng sikit. Elok-elok aku upload je video jadi pecah-pecah.

9 comments:

  1. 3d Art Museum dekat Penang ni ada orang tolong ambil kan gambar? Best betul! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ada orang tolong ambilkan gambar. diorang follow je kite

      Delete
  2. Best jalan noh.
    Pi penang haritu tak up2 entry smpai skarang.. hiuhiu.. Menangguh punya pasal. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat-cepat la up. nanti saya baca awak punya entry =)

      Delete
  3. berapa bnyak gambar trick kt p.p tu ?

    ReplyDelete
  4. bestnya jln2 hehe...mcm kat Melaka yg 3D

    ReplyDelete
  5. dah pergi dah area sini beberapa bulan lepas dgn kengkawan. best gak 3d art museum dia tu

    ReplyDelete