Friday 16 December 2016

Me Turns 22 On Last December 6

Assalamualaikum...

Semalam mak aku bagi tau jiran aku yang umur setahun muda dari aku bertunang. Hari ni pun ada jiran yang usianya muda setahun dari aku bertunang. Wahh aku rasa macam aku ni dah tua hahaha tak kawen lagi. Dulu aku punya la nak kawen awai sampai mak aku resah gelisah sebab aku dah tak fokus on my study. Mungkin doa ibu yang tiada hijab merupakan asbab aku mampu bertahan sehingga sekarang, pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda. And the most surprisingly aku dah tak fikir sangat soal kahwin dan lebih fokus kepada pengajian dan kerjaya aku.

Tahun lepas no birthday celebration, but i got a gift. Tahun ni pulak i got both surprise birthday celebration and gift. Nak tergelak jugak ah sebab aku dengan housemate yang pegi beli kek tu dan kitorang yang pilih nak kek yang mana. Kawan aku cakap teringin nak makan kek. Sumpah aku tak syak apa-apa. Hahaha.

Dah sampai kat rumah aku terus pergi mandi. Lepas aku mandi ada sorang housemate aku follow aku. Pelik jugak tapi aku tak syak apa-apa. Masa aku tengah bersiap-siap housemates masuk bilik bawa kek sambil nyanyi lagu. Hahaha jujur aku tak sangka kek tu rupa-rupanya birthday cake aku. Choiii!!!




Walaupun sponge cake aku terharu tau =)




Diorang ni housemates dan junior aku. Kat rumah ni aku rapat dengan diorang. Diorang orang sabah dan in shaa Allah this coming february diorang bawa aku jalan-jalan kundasang dan KK.




Tambahan ahli, Aween.








Birthday wish from adik Nisa. Thank you nisa. Kak mun rasa terharu sangat-sangat.

7 comments:

  1. selamat hari jadi yer.. semoga diberikan kesejahteraan kesihatan.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir dik.. 22 tahun muda lagi.. Teruskan belajar.. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi

      Delete
  3. wahh sweet :) siap kena suprise. btw heppy bfday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah diorang sweet sangat. Thank you for the late birthday wish =)

      Delete
  4. Memang best kalau dapat melancong ke Sabah. Saya pun teringin.

    Semasa saya belajar dulu, ramainya orang Serawak (lelaki). Tapi masa saya bekerja, ramainya orang Sabah (operator perempuan). mereka ini lawa, putih dan comel.

    Nyarislah saya tak tersangkut...hehe...

    ReplyDelete