Thursday 8 December 2016

Tugasan di Masjid Kristal

Assalamualaikum...

Aku berasa sangat happy sekarang sebab aku hanya tinggal satu minggu lecture je lagi. But unfortunately aku tak boleh balik rumah masa study week nanti sebab fyp aku belum siap malahan keadaan cuaca sekarang tak mengizinkan aku untuk pulang ke kampung. Takut juga banjir kat kedah sebab sejak kebelakangan ni kawasan perumahan aku cepat banjir.

Sabtu lepas aku pergi Masjid Kristal dengan kawan-kawan aku. Kitorang bukan saja-saja pergi tapi ada tugasan TITAS yang menyebabkan kitorang terpaksa datang sini. Lagi pun jarak Masjid Kristal dari rumah aku cuma setengah jam.



Alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan kitorang buat tugasan walaupun hujan renyai-renyai. Kebetulan time ni ada buat konvokesyen Kolej Universiti Bestari, sebab tu ramai pengunjung kat sini.




Dari tepi Masjid Kristal








Candid tengah shooting untuk tugasan TITAS




As a self reward sebelum pulang kitorang beli ais krim susu kambing kat tepi Masjid Kristal. Ya Allah sedapnya!!! Ais krim ni kurang manis dan berkrim which is I think this ice cream is very healthy. Ada perisa vanila, coklat dan strawberi. Harga cuma RM3.00 =)




Masa perjalanan pulang kitorang terjumpa satu masjid ni di mana aku kira ia merupakan sebuah masjid yang sangat unik dan klasik dari segi seni binanya. Nama masjid ni ialah Masjid Losong Hj Mat Shafie yang tidak jauh dari Masjid Kristal. Sejarah penubuhan masjid ni pun menarik. Korang boleh google =)




Nak juga selfie ^.^




Taraa aku serve korang simple video aku ke sana. Dengan aplikasi Viva Video ni membantu video aku nampak lebih menarik. Hahaha

1 comment:

  1. dah lama tak singgah masjid kristal. kalau pegi tganu balik2 gi pasar payang je

    ReplyDelete