Thursday 26 January 2017

Review Buku | Biniku Ninja

Assalamualaikum...








Buku Biniku Ninja aku beli di Popular dengan harga RM25. Sayangnya aku tak bawa kad Popular, kalau tidak boleh dapat diskaun. Sebenarnya aku dah lama tahu pasal buku ni sebab aku memang dah lama follow ig penulis dan isterinya.

Macam mana aku kenal mereka? Aku memang suka travel dan masa aku godek-godek kat Youtube aku ternampak channel penulis. Semua video penulis aku tengok. Bagi aku dia punya video travel dengan wife dia memang ohsem! Sedikit sebanyak penulis berjaya menjentik hati aku untuk berbulan madu dengan bakal suami =)

Penulis bernama Azlan Andi manakala isterinya bernama Sabatini. Kedua-dua mereka merupakan pelajar Malaysia yang menyambung pengajian ijazah di negara Eropah di mana kedua-dua mereka menuntut universiti yang berbeza. Kesungguhan saudara Azlan untuk menjadikan saudari Sabatini sebagai isteri dipermudahkan di mana mereka dinikahkan di sana selepas mendapat restu daripada orang tua.

Azlan yang merupakan pelajar tahun akhir animasi hanya mempunyai projek tahun akhir. Oleh sebab itu beliau berhajat untuk tinggal bersama Sabatini. Disebabkan kedua-dua mereka mempunyai minat travel, maka mereka travel bersama ke beberapa buah negara.





Penulis, isteri dan anak kembar lelaki mereka




Hidup mereka diserikan lagi dengan berita bahawa Sabatini hamil. Namun ketika itu Allah hendak menguji mereka dengan masalah untuk mereka mencari wang saku dan rumah sewa di perantauan. Allah Maha Besar, berkat menjual nasi goreng mereka mampu menyara hidup di sana. Alhamdulillah akhirnya mereka selamat menimang cahaya mata kembar lelaki yang sangat comel. Dengan rezeki itu, Allah memberi lagi rezeki kepada penulis di mana sebuah syarikat animasi memerlukan perkhidmatan beliau dan beliau turut berjaya menubuhkan syarikat kongsi yang bernama Kami Print Semua. Manakala isteri penulis, Sabatini kini giat menjalankan business jubah walaupun beliau diterima lamaran untuk bekerja dalam bidang maritim.

6 comments:

  1. Replies
    1. Rumahtangga yang dibina kerana Allah akan dilimpahkan keberkatan =)

      Delete
  2. Tau jugak pasal buku ni tapi tak pernah baca lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You have to read this book because the contents give us so many lessons =)

      Delete