Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki kali ni lebih, so aku boleh bawa family pergi bercuti ke Sarawak. Dari segi penginapan dan pengangkutan aku tak perlu risau sebab abang aku duk kat sana. Trip kali ni cuma ambil masa 4 hari 3 malam je. Bagi aku ini tempoh yang tak terlalu lama dan tak terlalu pendek. Just nice! Hehehe.
Aku pergi Sarawak 17 Januari. Memandangkan flight pukul 7 pagi, so kitorang bergerak jam 3.30 pagi. Jarak dari rumah ke Airport Penang mengambil masa selama 1 jam 20 minit. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah =)
Kitorang naik Air Asia dan alhamdulillah flight take off on time. Cuma turbulance agak teruk. Biasa lah awal pagi kan, awan tebal.
Kemain lentok dia tido
Sesiapa yang datang Kuching mesti datang Kuching Waterfront. Dari sini boleh nampak bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Best jugak lepak sini. Boleh naik river cruise, dan yang paling best boleh shopping souvenirs kat kedai-kedai di waterfront. Bagi aku harga-harga souvenirs affordable.
Tak lengkap trip kalau tak datang sini. Kebetulan datang sini orang tengah cat tugu Kuching.
Lepas abang aku bawa pusing-pusing bandaraya Kuching kitorang terus balik Lundu. Dulu aku pi Lundu tak payah naik feri, tapi kali ni abang bawa jalan shortcut kena naik feri. Jakun jugak sebab first time naik feri kat sungai.
Feri ni boleh memuatkan kira-kira 10 pacuan empat roda. Lori besar pun boleh tau naik feri ni.
Selepas melepaskan lelah kat rumah abang, petang tu abang bawa jalan-jalan kat Pantai Pandan, Lundu. Bagi aku pemandangan kat pantai ni memang cantik. Kat sini boleh mandi, tak kurang juga ada yang memancing.
Disebabkan abang bagi tau last minute nak pegi pantai, so aku tak sempat nak calit bedak atau krim. Kiranya ni naked face la hahaha.
Sungai belakang rumah abang. Seronok gak lepak kat Lundu Waterfront.
Pemandangan depan rumah abang. View cantik dan seronok stay kat Pekan Lundu. Tak sibuk.
Second day abang aku bawa jalan ke Muzium Kuching. Siapa tak kenal Rosli Dhobi kan? Aku menangis kot tengok lakonan semula Beto Khusairy yang memegang watak Rosli Dhobi.
Kemudian abang bawa ke Jong Crocodile Farm. Mahal jugak tiket masuk. Untuk rakyat bukan Sarawak dewasa dikenakan sebanyak RM22. Best jugak masuk sini sebab kawasannya luas. Kebetulan sampai sini pukul 2 lebih. Jam 3 petang ada pertunjukan crocodile jumping di mana buaya akan diberi makan.
Masa perjalanan pulang ke Lundu abang bawa kami ke Tasik Biru, Bau. Dulu kat sini lombong bijih timah. View cantik dan sejuk =)
Aku dan anak sedara di Tasik Biru
Lepas tu abang bawa ke Mira Cake House. Kat sini memang banyak variasi kek lapis yang sedap. Ramai jugak selebriti datang beli kek lapis kat sini. Korang boleh naik bot dari Kuching Waterfront ke kedai kek lapis ni =)
4th day. Hari untuk pulang ke semenanjung. FYI MAS dah ada direct flight dari penang ke kuching and vice versa. Passengers pun ramai time aku balik ni.
Souvenirs
Bila kita travel mesti tak dilupakan souvenirs untuk kawan-kawan dan saudara-mara kan. Bajet untuk souvenirs memang less than RM100 sebab kena bijak tawar-menawar. Price untuk souvenirs pun affordable. Lain kali datang sini nak borong lebih sikit.

Key chain dikira souvenir paling cliche but it is very priceless
Fridge magnet pun dikira cliche jugak. Disebabkan murah maka aku beli.
Actually aku memang dah lama nak sling bag yang ada unsur tradisional ni. Lepas diskaun dapat RM15. Sangat berpatutan. Sebab tu aku beli.
Sleeping mask ni aku beli 5 keping. Kawan aku kat universiti semuanya duk jauh-jauh. So aku fikir dengan adanya sleeping mask ni diorang boleh lelapkan mata dalam bas atau flight. Harganya murah cuma RM3.90 dan aku beli sleeping mask ni kat Taman Buaya.
FYI ni kali kedua aku ke Sarawak. First aku datang sini sebab attend kenduri abang aku. Memang time tu abang tak sempat bawa kami jalan-jalan. This second time alhamdulillah kitorang dapat cover banyak tempat. Ingat kali ketiga nak pergi kampung budaya, fairy cave dan lain-lain.

wah bestnya. jenjlannnn..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki =)
Deletewahhh.. welcome to Kuching yaaa.. Dah follow blog best ni :D
ReplyDeleteTerima kasih sudi follow blog saya. Later saya follow blog awak pula =)
Delete