Tuesday, 14 February 2017

Trip To Kundasang, Sabah | Day 2

Assalamualaikum...


Kampung Kinasaraban, Kundasang




Seperti yang aku nyatakan in previous entry, kedudukan homestay yang aku tinggal tidak menghadap Gunung Kinabalu. Sungguh pun begitu, aku still dapat melihat pemandangan bukit-bukau yang indah sambil menghirup udara segar dari balkoni bilik.



Pekan Kundasang







Semasa dalam perjalanan ke Desa Catle Dairy Farm, mata aku kaku melihat keindahan Gunung Kinabalu yang terletak di sebelah kiri anda sekiranya korang dari arah Pekan Nabalu. Gambar-gambar di atas aku tangkap di tepi jalan sahaja yang berdekatan dengan roundabout ke Desa Catle Dairy Farm. Ramai lagi tourists yang park kereta kat sini dan tangkap gambar. Subhanallah cantik sangat!



Desa Catle Dairy Farm




Tiket masuk ke Desa Catle Dairy Farm ialah sebanyak RM5 seorang dewasa. Bagi aku tiket tersebut murah sebab pemandangan yang disajikan sangat mahal buat kami. Waktu kitorang sampai pukul 8 lebih. Time ni lembu-lembu dibebaskan untuk meragut rumput. Tangkap gambar time ni memang best sebab boleh acah-acah duk kat New Zealand. Hahaha.






Sangat rugi bila korang datang sini tapi tak beli ais krim atau susu sebab both of them so yummy. Aku beli Gelato Choc Ice Cream dengan harga RM5.30 satu cup. Rasanya lemak manis tapi terlalu lemak dan manis. Sedang-sedang saja. And then kitorang beli lagi susu coklat 1 liter yang harganya RM7 lebih. Kalau boleh susu ni korang minum time kat kundasang juga sebab bila kitorang bawa ke KK susu dah basi. Mungkin perubahan cuaca. Mungkin....






Eh tutup mata pulak???




Kundasang War Memorial




Before mai Sabah aku dah search tempat apa yang aku nak visit. Salah satu tempat yang aku nak sangat visit ialah Kundasang War Memorial. Lokasi tempat ni sangatlah dekat dengan roundabout ke Desa Catle Dairy Farm dan di belakang tandas awam sahaja. Tandas awam kat mana? Dekat sahaja dengan KFC. Tiket masuk sini ialah RM3 seorang dewasa.





Sebab apa aku teringin sangat nak mai sini? Haa kat sini pemandangannya sangat cantik sebab kita akan disajikan dengan taman ala-ala Inggeris. Besides, ada cerita menarik di sebalik kewujudan Kundasang War Memorial. Nak tahu lebih lanjut korang kena google dan datang sendiri ke sini.




Kan aku cakap view kat sini memang cantik. Kat Kundasang War Memorial pun ada jualan souvenirs. Harga souvenirs agak murah macam di Pekan Nabalu dan kualiti cenderahati yang dijual pun ok. Cuma kat sini korang tak boleh tawar-menawar. Kalau korang nak dapat banyak diskaun, better pergi Pekan Nabalu. Kat sana baju cantik-cantik dan murah-murah. Ayat kasi maneh melecaih supaya dapat fifty percent discount hehe.



Tagal Luanti Fish Spa





Oh ini semua salah google maps yang menyesatkan kitorang ke arah bertentangan tapi langsung tak bagi tahu! Kitorang dah tersesat ke Tambunan di mana jaraknya dari Pekan Ranau mengambil masa satu jam setengah. Mujurlah minyak kereta bertahan untuk berpatah balik. Kat situ dah rugi masa dan minyak kereta. FYI, Tagal Luanti Fish Spa ni tak sampai setengah jam dari Pekan Kundasang. Tiket masuk aku tak tahu berapa sebab kawan aku yang bayarkan. Tapi yang pastinya total untuk kitorang bertiga RM18 include yuran masuk, kamera dan makanan ikan.






Aku ni jenis penakut yakmat dengan binatang. Limited time tau nak rendam kaki ni. Hanya 15 minit masa yang diberi. Sudahlah dengan sesat dan wang berbayar, sangat rugi tak try rendam kaki sambil dikelilingi ikan ni. Aku sadokan hati menahan geli. Tapi lama-lama jadi best pulak. Rasa macam tak cukup 15 minit je masa yang dia bagi.

Untuk hari kedua ni tiga tempat je kitorang pergi. Kemudian kitorang pergi pasar malam kat roundabout tu. Pasar malam setiap hari Khamis malam jumaat. Banyak pakaian bundle dijual dan korang bolehlah try makanan orang sabah. Mostly makanan yang dijual kat pasar malam ni lebih kurang semenanjung juga. 

Kalau nak tau apa yang kitorang buat pada hari ketiga, korang tunggu la next entry yaa. Hihihi thank you sudi baca =)

15 comments:

  1. Cantiknya pemandangan dekat farm tu.
    aiskrim Gelato tu pun nampak sedap haha.
    Rasa macam kena geletek ke apa dekat kaki tu? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la jugak rasa macam kena geletek hahaha. Geli je tapi tak sakit.

      Delete
  2. Laaa, jauhnya tu ke Tambunan. Takpa, pengalaman 😄 Amik gmbr d Pekan Nabalu, cantik view bltgr belakangkan gunung Kinabalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah jauh google maps bawa kitorang jalan-jalan. Hahaha

      Delete
  3. Cantiknya.. dh mcm kt New Zealand dah Cikla tgk...hihi

    ReplyDelete
  4. Mesti sejuk kat sana kan.. hehehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sejuk. Tapi time tengahari dah kurang rasa sejuk

      Delete
  5. wahh bestnya. busyra mg teringin nak ke sabah. tp belum trcapai. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah one day awak dapat ke sana juga =)

      Delete
  6. Canteknyaaaa view!! Bestlaa photoshoot kan? Hihi

    Saya tak takut dengan ikan, tp kalau kena serbu macamtu macam seram jugak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye view kat sana memang cantik. Memang worth la spend duit pegi sana. Bab ikan tu hahaha geli yakmattt

      Delete
  7. Bestnyaaaa! Dah pergi New Zealand Malaysia! Hihi.

    Kundasang cantik! Insyallah one day nak juga ke sana :)

    ReplyDelete
  8. Bestnya..bilalah Kak Sue dapat pergi sana.. :)

    ReplyDelete
  9. BILA dah balik mesia for good nanti memang teringin nak jejak sabah ! :D

    ReplyDelete