Assalamualaikum...
Hari ketiga merupakan hari untuk aku berangkat pulang dari Kundasang ke Kota Kinabalu. Perasaan sayu tu hanya Allah je tahu. Yela, tempat lawa macam ni orang segan nak tinggalkan. So, before kitorang check out dari Seribu 1 Homestay kitorang selfie dulu kat sini. Walaupun kedudukan homestay ni tidak menghadap Gunung Kinabalu, tapi viewnya sangat cantik dan segar!
Walaupun kita sedia maklum bahawa bila kita check out segala cadar dan tuala akan digantikan dengan yang baharu, adalah penting untuk kita kemaskan bilik tu sebab dari situ owner dapat menilai customernya bagaimana.
Ni lah rupanya homestay yang kitorang menginap. Cantik kan! Bagi aku rate untuk satu malam affordable sebab servis pun baik. If you need help, the owner ready to lend her hands to you =)
Kinabalu Park
Sangat rugi untuk siapa yang berkunjung ke Kundasang tapi tak datang sini. Sebab apa? Untuk pengetahuan korang, kat sinilah terletaknya Gunung Kinabalu. Kalau korang datang pagi, korang boleh tengok para pendaki bersiap sedia untuk mendaki gunung. Nak masuk sini pun ada fee tau. RM3 seorang. Sebelum aku pergi lanjut, aku perasan tau kat sini banyak sangat signboard church di tepi jalan. Dan church tu kena masuk jauh dalam lagi. I keep wondering why. Kalau ada siapa tahu boleh komen ye...
Ramai pengunjung tangkap gambar kat pintu gerbang ni. Especially for climbers mesti perasaan diorang membuak-buak nak sampai atas sana. Aku pun berkobar-kobar tengok semangat climbers. Kemain senyum tak sabo nak daki gunung haa.
FYI, ada dua gate untuk pendaki memulakan pendakian iaitu Timpohon Gate dan Mesilau Gate. Tapi mostly pengunjung yang tak mendaki akan datang ke Timpohon Gate. Kat sini korang boleh tengok malim gunung bawa barang berat ke Laban Rata Rest House. Gambar di atas aku ambil kat Timpohon Gate. Hanya climbers ja dibenarkan melepasi gate ni. Nak mendaki gunung kinabalu ni bukannya percuma, dikk. Nak tahu lebih lanjut korang boleh google.
Dalam perjalanan turun dari Timpohon Gate, kitorang singgah kat Kiau Gap View. Kat sini terdapat monumen gempa bumi gunung kinabalu yang berlaku beberapa tahun lepas hingga mengorbankan nyawa 18 orang.
Aku pernah melihat gambar keadaan para pendaki yang terkorban nyawa ketika perjalanan turun dari puncak. Sangat menyedihkan keadaan mereka sebab mereka dihempap batu besar ketika gempa bumi tersebut berlaku.
Pekan Nabalu
Kita kalau melawat tempat orang mesti kita nak beli souvenirs untuk orang yang tersayang, kan. So Pekan Nabalu adalah tempat yang terbaik untuk korang beli cenderahati sebab harga souvenirs murah. Kalau korang bijak menawar, korang boleh dapat banyak diskaun.
City Point Shopping Mall, Kota Kinabalu
Sebaik saja kitorang sampai KK, kitorang terus check in hotel kat Kampung Air. Kat situ banyak sangat hotel yang rate nya dalam 2 bintang macam tu. Lepas check in, kitorang gerak ke City point Shopping Mall sebab kawan aku nak jumpa adik dia kat sini.
Bukit Bendera, Kota Kinabalu
Sumpah aku ingatkah kat Penang je ada Bukit Bendera, rupa-rupanya kat KK pun ada. Kebetulan waktu kitorang sampai ni time senja. View bandaraya Kota Kinabalu tersangatlah cantik time ni.
Kalau korang nak tahu apa yang kitorang buat pada hari keempat, korang kena la tunggu next entry yeee =)
Lama da saya tak pergi kundasang.. sana mesti sejukkan :)
ReplyDeleteYa kat sana sejukk hihi
Deletebestnyaaa ke sana. busyra dh lama tringin nak kesana <3
ReplyDeleteIn shaa Allah suatu hari nanti mesti busyra dapat pergi sana
Delete