Assalamualaikum...
Sungguh aku beryukur kepada Yang Maha Besar kerana memberi dua berita gembira untukku hari ini. Semalam ada junior aku dari course lain minta aku tunjuk ajar dia tentang subjek makroekonomi. Alhamdulillah disebabkan hari ni aku tak ada event so aku terima je pelawaan dia walaupun aku dah berniat nak siapkan assignment yang diberikan. Tak pe lah mana nak tahu bila aku bantu orang yang memerlukan pertolongan pastu Allah mudahkan urusan aku.
So far alhamdulillah aku dapat ajar dia dengan baik sebab aku dah study dulu soalan yang junior aku bagi even aku tak dapat jawab kesemuanya. Mungkin disebabkan dia rasa terhutang budi, maka dia belanja KFC. Yeayy macam tahu-tahu je aku tengah lapar something heavy. Gas kat rumah rosak, sebab tu kitorang makan ala kadar.
Dah selesai semuanya aku balik rumah dengan keaadaan yang sangat letih. Memandangkan housemates aku tengah lepak kat ruang tamu, aku pun joinlah sekali. Ada satu ayat yang aku tak sangka dan rasa sangat terharu bila housemates aku cakap kat aku.
-kak mun nanti jadual exam dah keluar bagi tau la kitorang bila last paper-
-kenapa pulak-
-kitorang nak beli tiket balik sabah lepas last paper kak mun-
FYI, normally diorang punya last paper seminggu lebih awal dari aku. So aku terkontang-kanting seminggu sorang-sorang. Diorang nak tempah tiket lambat sebab diorang nak raikan aku. Ini kan last semester aku. Bulan 11 ni in shaa Allah aku dah konvo. Betapa besarnya pengorbanan diorang kat aku. Aku tak akan lupa.
Demikian khabar berita yang baik untuk hari jumaat ini.
betul !!! kalau kita buat baik kat orang, mesti ada balasan baik baik jugak nanti.. kan ? hee~ senior kena jadi contoh kat junior, baru junior sayang..
ReplyDeleteAlhamdulillah #spreadthekindness
DeleteRezeki. Kena belanja kfc.. macam lama da x mkn kfc. Aduhai, mgidam cheese kfc :'(
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Padahal baru tiga hari lepas beli kfc
DeleteUntungla dpt kwn cam gitu
ReplyDelete