Sunday 12 February 2017

Trip To Kundasang, Sabah | Day 1

Assalamualaikum...


First of all aku nak bagi tau itinerary yang aku nak share ni bukanlah itinerary bajet yang selalu dikongsi ramai. Tiket flight saja sudah memakan ratusan ringgit. Alhamdulillah cuti semester kali ini aku dapat cover negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Perancangan ke Sabah dibuat pada bulan Oktober tahun lepas bersama dua orang housemates aku yang merupakan Sabahans. Kami sengaja memilih hujung cuti semester supaya kami dapat pulang ke universiti bersama.




Trip ke Sabah bermula pada 8 Februari 2017 di mana aku depart dari Penang Airport kemudian transit di KLIA selama satu jam sebelum menaiki flight yang kedua ke Kota Kinabalu International Airport. Kali ini Malindo menjadi pilihan hati sebab servis Malindo memang terbaik.




Perjalanan selama dua jam setengah dari KLIA ke Kota Kinabalu International Airport disajikan dengan pemandangan yang sungguh memukau. KKIA ini terletak berdekatan dengan persisiran pantai. So, bila nak landing kita dapat tengok view yang sangat cantik.








Aku bergerak secara solo dari Penang ke Kota Kinabalu. Kemudian, di Kota Kinabalu Airport aku berjumpa dengan dua orang housemates aku yang menaiki pesawat dari Sandakan. Kitorang ambil kereta sewa kat airport. Sebuah Perodua Viva disewa dengan rate RM80 per day dapat menjimatkan wang saku kami. Mereka sangat bertolak ansur dan senang untuk deal dengan diorang. 014-2024992 (Hafiz Kereta Sewa Kota Kinabalu, Sabah)

Perodua Viva sudah memadai untuk kami bertiga di samping kereta jenama ini lebih jimat minyak. Minyak kereta sebanyak RM70 dapat membawa kami berjalan-jalan ke Ranau dan Kota Kinabalu selama 4 hari dan 3 malam. Sangat jimat!


First place to be visited ialah Pantai Tanjung Aru di mana lokasinya terletak berdekatan dengan KKIA. Ramai orang lepak kat sini sebab khabarnya view sunset di Pantai Tanjung Aru sangat canti. Kat sini korang boleh mandi dan berkayak. Kitorang melepak di sini selama setengah jam sebelum heading off to Kundasang, Ranau.



.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau mengambil masa selama dua jam setengah. Disebabkan kitorang bergerak waktu peak period, perjalanan kitorang jadi 3 jam lebih disebabkan traffic jam yang berlaku di sepanjang jalan Tuaran. Road condition yang bengkang bengkok ditambah pula dengan ketiadaan lampu jalan memerlukan aku untuk memandu dengan lebih cermat. Setibanya kami di Pekan Kundasang pada jam 9 malam, kami disajikan dengan udara yang sungguh segar. Before check in, kami isi perut terlebih dahulu. Harga makanan di sini agak mahal tetapi sedap. Kedai makan Muslim banyak didapati di sini.


Kami stay di Seribu 1 Homestay di Kampung Kinasaraban selama dua malam. Harga untuk satu malam ialah RM120. Bagi aku affordable sebab facilities terbaik tetapi homestay ni tak menghadap Gunung Kinabalu. Lokasi ini terletak sebelum pekan Kundasang tapi tak jauh mana pun. Dalam 2 minit je. Saiz bilik agak kecil tapi bagi aku ok je sebab siang hari kitorang berjalan, malam untuk tidur je. Kat sini memang takde aircond sebab suhu di sini sejuk. 019-8502766 En Syafiq

So korang tunggu untuk next entry ok apa yang kitorang buat pada hari kedua =)

10 comments:

  1. Sy x prnh naik Malindo lg. Naik MAS ngan AAsia ja. Ada mkn ABC gergasi d Tanjung Aru tu? Kat Sabah x bnyk traffic light 😄 area bandar ja yg pakai traffic light. Kalau kat Hotel Perkasa, ada bilik harga RM110 1 mlm. x tau l harga skrg. blh pilih bilik view Gunung Kinbalu tp hotel tu kat atas bukit la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sabah banyak roundabout hihi. Oh nice juga rate hotel tu. Next time boleh try stay situ. Anyway thank you for sharing =)

      Delete
    2. Keluar dari bandar, mmg roundabout ja la yg bnyk 😄

      Delete
    3. Betul-betul. Tapi bagus jugak banyak roundabout memandangkan saya bergantung 100 percent kepada google maps. Bila silap jalan senang nak berpatah balik.

      Delete
  2. Tak pernah sampai lagi Kundasang! Rindu nak jalan-jalan. Ahhhh, jeles!! Hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah one day awak sampai kundasang juga =)

      Delete
  3. Kundasang memang best! teringat lagi kesejukan and keindahan tempat tu hehe btw saya singgah dan follow blog ni ya :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi Siqah naik Malindo. Malindo lagi best dari Firefly ke? Kalau AA dan MAS macam dah lain kategori je rasa :D

    Btw, siqah singgah dan follow sini ye. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boeing punya saya pernah naik malindo je berbanding firefly. Alhamdulillah servis malindo memang terbaik. Anyway thank you sudi follow. Nanti saya follow awak balik =)

      Delete