22 credit hours, memang letih. Banyak subjek yang aku ambik. Nak pulak subjek itu 'baru' bagi aku, memang take time untuk faham what the subject is talk about. So far alhamdulillah setakat ni tak de la aku sampai tak faham apa yang lecturer ajar. Tapi aku kena take time untuk betul-betul faham. Hee susah kan??
Ada satu hari ni aku betul-betul stress. Aku buat assignment last minute sebab aku sibuk join aktiviti kelab. Dengan harapan nak stay kat asrama bila masuk second year. FYI, nak stay kat asrama UMT ni memang susah. Even kupon banyak, belum tentu boleh stay kat asrama untuk next year. Lain la kalau korang ada jawatan dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) atau MKS (Majlis Kolej Siswa) baru senang dapat stay kat asrama.
Mak aku sebolehnya nak aku stay kat asrama next year. Bila aku cerita kejadian tu, secara automatik mak aku cakap "kalau macam tu duk jela kat rumah sewa tahun depan. Asalkan study kamu tak terganggu". Alhamdulillah mak aku faham. Lepas mid-term break aku nak fokus study je. Kalau aku betul-betul free, baru aku join program.
Oleh sebab tu, aku nak bagi tips study smart. Tips ni aku tak copy paste dari mana-mana sebab tips ni untuk aku amalkan. Kalau korang nak amalkan, in shaa Allah bagus untuk korang.
Belajar dari awal
Student yang bijak akan belajar dari awal. Dia tak akan belajar last minute sebab belajar last minute sebenarnya memberi tekanan untuk memahami tentang sesuatu topik. Kemudian, bila belajar dari awal, kita sempat cari bahan rujukan dan buat latihan. Kaedah ni dapat mengukuhkan lagi pemahaman kita tentang sesuatu topik tu.
Segera siapkan tugasan
Study smart bukan hanya dipandang dari segi ulangkaji saja. Pelajar yang bijak akan segera siapkan tugasan agar nanti pengurusan masa lebih teratur. Bagi aku, better siapkan tugasan daripada kita sibuk menelaah pelajaran. Macam kat uni, assignment, kuiz dan test ni adalah carry mark sebanyak 60%. Final exam hanya 40%. Sebab tu la aku cakap better siapkan tugasan ASAP sebab assignment yang diberi tu ada jugak kaitan dengan soalan final exam.
Study sebelum dan selepas kuliah
Seriously kaedah ni sangat membantu. Aku nak korang buat benda ni. Sebelum kelas, pastikan korang baca dulu lecture note. Cuba jugak untuk memahami. Bila dalam kelas, lecturer akan explain more. Kalau lecturer tak explain pun, habis kelas cepat-cepat jumpa lecturer tanya apa yang korang tak faham. Kemudian baca lagi topik tu. At least korang tak perlukan effort yang banyak untuk memahami sesuatu topik sebab korang dah baca sebelum lecture class. Haa satu lagi advantage study sebelum lecture class, korang boleh jawab kuiz yang lecturer bagi. At least korang tak dapat zero mark.
Memahami bukan menghafal
Ramai student suka menghafal, tapi tak faham apa yang dia hafal. Kasihan kat otak. Bagi aku, menghafal ni gunakan lebih banyak effort berbanding memahami. Once korang dah faham apa yang korang study, nanti masa exam korang boleh elaborate dengan baik. Berbanding orang yang menghafal, aku sure dia akan stuck jugak untuk elaborate point dia.
Then, advantage korang memahami sesuatu topik tu, korang boleh explain well kat rakan-rakan dan bila korang explain, korang akan lebih memahami dan expert dalam topik yang korang explain tu. Berbanding dengan orang yang menghafal tapi tak faham, dia akan cuba untuk mengingati words yang dia fahal untuk explain kat orang. So aku katakan dia tak boleh explain well.
Tidur yang cukup
Aku pasti lebih 50% student suka stay up dan tak jaga kualiti tidur. Tidur yang cukup sangat penting. Aku pernah tidur 3 jam je hari tu. Akibatnya aku mengantuk sangat-sangat dalam lecture class dan aku tak faham langsung apa yang lecturer ajar. Aku menyesal. Bagi aku tidur 6 jam dah cukup buat kita segar.
Rehat sebentar setelah memahami
Ya! Aku suka kaedah ni. FYI, aku tak suka belajar dalam jangka masa yang lama. Contoh, dalam tempoh 30 minit, aku dah faham apa yang aku belajar. Aku akan rehat dalam 5 atau 10 minit. Aku tengok video ke makan ke. Kemudian aku study lagi. Bila aku faham, aku break lagi. To be honest, aku selesa dengan kaedah ni dan langsung tak bagi tekanan kat aku.
Haa aku ni memang suka Mat Luthfi punya Vlog. Video ni bertajuk "Hari Jubah". Kegagalan itu lumrah kehidupan. Kita berpeluang untuk ubah kegagalan tu kepada kejayaan. Tapi semuanya terletak pada kita sama ada nak atau tak. So that's all from me. Hope you guys really enjoyed reading this entry =)
No comments:
Post a Comment