Assalamualaikum...
Aku aktif berkecimpung dalam dunia maya since aku berumur 14 tahun. Segalanya bermula dengan streamyx yang mak aku pasang kat rumah. Time tu friendster yang femes. Memandangkan aku duk kat hostel, 2 minggu sekali aku buka akaun friendster. Sekali aku online memang berjam-jam. Sekarang pun sama. Aku duk online sentiasa. Tapi facebook la ye.
Aku sedar dan mengaku sebelum ni aku riak masa update status dan upload gambar. Time tu cuma fikirkan pujian semata-mata. Bila umur dah makin meningkat, aku dah berubah menjadi sedikit matang. Jujur aku cakap, menjadi seorang yang humble sangat menenangkan hati. Tak kisah manusia nak kata apa.
Sekarang ni aku tengok banyak jenis riak kat laman sosial. Nak tergelak pun ada. Bagi aku la, orang yang riak ni tak matang. Haa itu la diri aku yang dulu. Aku boleh bayang macam mana orang gelak kat aku sebab riak yang tak matang tu eh. Haha meh aku tunjukkan style riak yang ada kat laman sosial nih.
Style Satu
"Alhamdulillah ana berjaya bergelar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia".
Ulasan : Memadailah anda cakap anda dapat kos yg baik di UUM. Ni bagi tau detail terus. Mesti orang fikir anda riak
Style Dua
"Bestnya hari ni kawan saya jemput pergi shopping kat Alamanda naik kereta Honda Odyssey".
Ulasan : Ini memang nampak riak. Nama kereta pun nak bagi tau. Agaknya first time kot naik kereta hebat macam tu. Rasa teruja.
Style Tiga
"Hurm aku dah khatam baca buku Sejarah. Buku ekonomi pun sudah. Sama jugak dengan Pengajian Perniagaan".
Ulasan : Lebih baik anda ulangkaji silibus yang anda dah baca. Itu lebih baik daripada update status macam tu. Jangan fikir kita sudah bijak sebab makin lama kita menuntut ilmu, makin terserlah kebodohan kita sebenarnya. Kalau nanti result teruk macam mana?? Tak ke malu sebab kita belagak rajin dan pandai dahulu. Fikirkan lah ye.
Style Empat
"Allah ciptakan wanita untuk dikasihi, bukan untuk dikasari".
Ulasan : Status macam ni kerap jugak aku jumpa. Pastu dia upload gambar dia pakai purdah. Memang la nampak sopan. Tapi purdah tu macam alat untuk dia riak. Adik-adik, kakak-kakak, cuba follow Ustazah-ustazah terkenal kat Malaysia ni macam Ustazah Fatimah Syarha, Dr Nik Salida, Ustazah Siti NoorBahyah kat facebook. Ada tak depa buat macam tu?? Depa tak pakai purdah. Tapi takda pun upload gambar nak perhatian orang. Contohilah mereka. Mereka amal dengan ilmu yang mereka pelajari, sebab tu mereka tak buat macam tu. Muhasabah k.
Style Lima
" Ni ja yang mampu aku beli hasil simpanan aku selama lapan sem".
Ulasan : Gambar kat atas ni yang pandora punya tau. Memang mahal. Ribu-riban nih. Diupdatenya pulak status macam tu. Tak kan tak riak lagi kot??
Aku rasa cukup la contoh lima style riak yang aku jumpa kat laman sosial. Sebaiknya kita muhasabah la diri kita ni. Setiap hari kita tak lekang dari dosa. Apa yang aku taip ni teguran untuk diri aku jugak. Mulai sekarang, jom sama-sama kita lebih bersyukur apa yang kita ada. Cukuplah kita zahirkan ia kepada Yang Maha Pencipta.
Ok readers, waiting for the next entry,ya =)
No comments:
Post a Comment