Friday, 4 September 2015

First Time Di Rumah Sewa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku selamat sampai kuala terengganu setelah 8 jam perjalanan. Serius lenguh pinggang dan sakit belakang. Selama 8 jam tu aku menahan lapar. Perut masuk angin sampai rasa nak termuntah. 

Oleh kerana masa first year aku tak aktif program-program yang dianjurkan oleh pihak asrama, maka aku terpaksa menginap di luar. Lagi pun UMT ni blok asrama sangat terhad. Even orang yang betul-betul aktif belum tentu dapat asrama.

Barang-barang aku tinggal kat bilik study. Serius aku sedih. Masa aku nak ambil barang-barang aku, aku nampak sekumpulan junior yang baru habis orientasi tengah ambik barang-barang senior. Dia siap tanya aku "cebok ni boleh ambik kan". Aku cakap la semua barang dalam bilik study yang senior punya. Terus muka diorang berubah. Paling sedih ada beberapa barang aku hilang macam beg kuliah, shampoo, sabun basuh baju, sabun badan dan berus. Mujur barang-barang elektrik diorang tak ambik.

Semalam aku sampai rumah sewa hampir pukul 11 malam. Sesudah sampai tu aku terus kemas-kemas bilik, baru tido. Sewa setiap bulan RM160 seorang include bil api dan air. Semua kemudahan ada kat rumah ni and no wonder la sewa rumah ni lebih mahal dari yang lain. Lagi satu, perletakan rumah sewa ni dekat dengan kompleks kuliah. Tak ada vehicles pun takpe. Boleh jalan kaki.


v
v
v


Haa bilik kat dalam gambar tu bilik aku. Satu bilik dua orang. Sangat selesa sebab bilik ni luas memanjang. Syukur masih ada ruang untuk aku berteduh. Setakat ni saja entry aku dan terima kasih kerana sudi membaca.

12 comments:

  1. Best nya zaman study..good luck n take care dirumah sewa baru

    ReplyDelete
  2. Wow..bestnya..semoga berkjaya ye..Belajq baik2..

    ReplyDelete
  3. namy xd pengalaman duduk umah sewa, apapun jaga diri baik2 & good luck 4yr future =)

    ReplyDelete
  4. whoaaaaaa...Terengganu tuh tempat saya ......hahahha...biasalah adat di perantauan..semua kena berdikari termasuk kena bayar duit bil api+air+sewa rumah ...btw good luck and all the best..keep hapdet! salam dr UUM

    ReplyDelete
  5. yela tak macam uum yg hebat tu sebab sediakan penginapan kepada pelajar dari awal sampai sem yg terakhir. For me ada kelebihan duk rumah sewa. At least kita tahu cemana nak manage financial kita.

    ReplyDelete
  6. yela tak macam uum yg hebat tu sebab sediakan penginapan kepada pelajar dari awal sampai sem yg terakhir. For me ada kelebihan duk rumah sewa. At least kita tahu cemana nak manage financial kita.

    ReplyDelete