Tadi petang aku keluar sekejap cari barang untuk dibawa pulang ke u. Memandangkan aku belum beli buku nota, aku terus ajak kawan aku masuk popular. Terkejut gak ah tengok harga buku tulis saiz pendek satu baris RM1.05. Dulu kupang-kupang je. Ternyata currency value memang jatuh.
Sejak dari kecil, mak aku memang ajar aku baca dan tonton part motivasi. So setiap kali aku pergi ke kedai buku, aku mesti beli satu buku motivasi. Mata aku terpana kat buku yang ditulis oleh Adam Corrie. Cover buku cantik. Aku suka.
Sesampai ja kat rumah, aku dengan pantas kilatnya pack barang-barang aku. Dah settle aku cepat-cepat grab buku ni dan start membaca. Buku ni ada 144 muka surat tak termasuk cover. Harga RM20.00 dan penggunaan bahasa tidaklah terlalu berbunga tetapi mudah difahami. Aku dah baca half of the book. Ada certain sentence yang aku nak muatkan kat sini.
Apabila kita tidak suka seseorang, kita akan mencari dan menyelak kesalahannya, dan pastinya kita akan jumpa kesalahan mereka walaupun remeh. Kebaikan mereka yang banyak di depan mata, kita akan nafikan dan butakan mata kita
Buatlah kebaikan dan amal sebanyak yang mungkin. Kerana kita tidak tahu amal yang mana diterima Allah swt.
Buat solat sunat taubat selalu supaya doa kita mudah diperkenankan.
Orang kaya yang sebenar adalah orang kaya yang selalu merasa hidupnya cukup dan tidak merungut-rungut.
Kalau akar tak kuat, jangan diperdebat perkara yang ranting.
Jangan lihat permulaan hidup seseorang, tetapi lihatlah pengakhiran hidupnya.
Wah! Nice entry :)
ReplyDeleteI fall in love with motivation book especially berkaitan dgn unsur unsur ketuhanan ...
ReplyDeleteSeblom nih buku kpop je saya layan.hahahahhahhaa.........yg saya suka Diagnosis 1 and Diagnosis 2 by Dr. Anwar Fazal and the geng ..thank Q suggest buku nih btw ..nice riview
saya pun baru beli buku ni baru sempat belek2 tak sempat nak baca lagi
ReplyDelete