Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Friday, 11 September 2015

Throwback : Annual Dinner

Assalamualaikum...

Masa aku first year second aku ada attend annual dinner course aku. Participant adalah student ekonomi dari first year sampai final year. So malam tu kitorang duduk di dalam dewan yang sama kat Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Tema annual dinner ialah blocking colour.

Sebenarnya annual dinner tak wajib pun untuk semua student ekonomi. As a first year economics student, aku join lah annual dinner tu. Nak tengok best ke idok??


Usually orang selalu make up lawa-lawa masa dinner kan. Baju pun kemain blink-blink. Bagi aku simple is better. Kemas yang penting. Btw, sebelah aku tu housemate aku sem ni. Ok lah utara selatan ngee.

Dishes malam tu agak pelik dan ok ok jela. Aku tak ambik banyak sebab banyak makanan yang dah habis =(

v
v
v
Lelaki sebelah aku tu ex senior aku masa secondary school. Abg Nasri juga merupakan ketua bagi pelajar ekonomi. He'll celebrate his convo this upcoming october. Semoga cepat dapat kerja!

Okay so dalam gambar ni geng-geng aku. Aku sorang je kedahan. Yang lain ada partner masing-masing, which is coming from Selangor and JDT.

Aku berharap next annual dinner would be better and more organized. The most important waktu gimik tu biar betul-betul surprise. Btw kemarin aku attend talk pasal course. Ada sedikit perubahan. The last semester aku kena ambil 26 jam kredit. Makanya aku kena betul-betul manage masa dan disiplinkan diri. Being more diligent is a yes!

Friday, 4 September 2015

First Time Di Rumah Sewa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku selamat sampai kuala terengganu setelah 8 jam perjalanan. Serius lenguh pinggang dan sakit belakang. Selama 8 jam tu aku menahan lapar. Perut masuk angin sampai rasa nak termuntah. 

Oleh kerana masa first year aku tak aktif program-program yang dianjurkan oleh pihak asrama, maka aku terpaksa menginap di luar. Lagi pun UMT ni blok asrama sangat terhad. Even orang yang betul-betul aktif belum tentu dapat asrama.

Barang-barang aku tinggal kat bilik study. Serius aku sedih. Masa aku nak ambil barang-barang aku, aku nampak sekumpulan junior yang baru habis orientasi tengah ambik barang-barang senior. Dia siap tanya aku "cebok ni boleh ambik kan". Aku cakap la semua barang dalam bilik study yang senior punya. Terus muka diorang berubah. Paling sedih ada beberapa barang aku hilang macam beg kuliah, shampoo, sabun basuh baju, sabun badan dan berus. Mujur barang-barang elektrik diorang tak ambik.

Semalam aku sampai rumah sewa hampir pukul 11 malam. Sesudah sampai tu aku terus kemas-kemas bilik, baru tido. Sewa setiap bulan RM160 seorang include bil api dan air. Semua kemudahan ada kat rumah ni and no wonder la sewa rumah ni lebih mahal dari yang lain. Lagi satu, perletakan rumah sewa ni dekat dengan kompleks kuliah. Tak ada vehicles pun takpe. Boleh jalan kaki.


v
v
v


Haa bilik kat dalam gambar tu bilik aku. Satu bilik dua orang. Sangat selesa sebab bilik ni luas memanjang. Syukur masih ada ruang untuk aku berteduh. Setakat ni saja entry aku dan terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 26 August 2015

Result Semester Dah Keluar

Assalamualaikum...

Dup dap dup dap aku tunggu result keluar. Nak tercabut jantung. Bagi menghilangkan rasa gemuruh aku kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan. Pastu aku saja buka blog. Tup-tup dapat whatsapp dari kawan aku yang result dah boleh cek. Aku apa lagi terus buka website mynemo.

Aku mulakan dengan lafaz bismillah. Aku syukur dengan result yang aku dapat sebab aku tak expect dapat lebih dari 3 pointer. Sebabnya kejap lagi aku explain.



Seriously aku tak percaya makro aku dapat B+ sebab masa jawab exam aku banyak confuse. Objektif aku tak boleh buat. Bahagian kalkulatif tu alhamdulillah boleh. Untuk subjek eko math pulak course aku split kepada dua group. Lecturer aku ajar tak faham, suara slow. Tapi dia baik. Lecturer group satu lagi aktif, ajar benda basic tapi student senang faham. Aku dah banyak buat latihan tapi aku syukur dengan result aku.

Bagi kewangan peribadi pulak aku tak ambik satu test ni sebab time tu aku duk hospital. Aku dah pergi bilik lecturer nak buat test tapi dia selalu tak ada. Kecewa aku. Last-last dapat C. Mujur lulus.

Pengajarannya kat sini kita kena selalu tanya group lain apa yang diorang belajar. Setiap lecturer ada kaedah pengajarannya yang tersendiri. Kemudian aku kena rajin bertanya lecturer kalau tak faham sesuatu topik dan yang penting kena dapatkan contact number lecturer. Senang nak tahu dia absence ke tak ada kat bilik ke. Haa gitu.

Semoga semester hadapan aku lebih aktif, komited, alert, hardworking dan perform yang terbaik untuk assignment dan presentation. Ameen.

Monday, 24 August 2015

Jadual Kuliah Semester Hadapan

Assalamualaikum...

Happy tuesday guys. Peminat fanatik running man mesti tak sabar-sabar tunggu hari selasa kan. Haha do same like me. Dulu tak minat tapi bila dapat kak ipar baru yang minat cerita korea ni, aku pun terikut sekali.

Ok sudah-sudah la tu merapu. Kelaut dari topik. Haha. FYI, this week dah start add drop subjek. Untuk next sem aku kena ambik 24 jam kredit bersamaan 8 subjek. Kau rasa? Haha aku baru ingat nak kerja part time. Tengok jadual padat terpaksa aku lupakan niat aku.



Haa itu jadual aku next sem. Mostly habis kuliah pukul 6. Ada hari yang kuliah direct dari pukul 11 sampai 6. Tengok pun rasa semput. Haha semoga aku lebih cekal semester hadapan dan mampu bijak manfaatkan masa hadapan. Doakan saya=)

Wednesday, 19 August 2015

Second Year Student of Economics

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah habiskan satu tahun kat UMT. Lagi dua minggu masuk la second year first. Rasa macam tak percaya aku cekal belajar dalam bidang ekonomi dan dengan yakinnya aku tak ambik exam untuk nurse under SPA. Aku yakin janji Allah di mana-mana.

Untuk semester pertama dan kedua subjek tak la tough sangat. Biasa la mula-mula kan. Dah masuk second year ni jam kredit bertambah dan banyak subjek tough kena ambik. Senior cakap subjek yang paling tough ialah econometrics.

Wuu tetiba rasa nebes nak ambik. Hee so aku kena persiapkan mental dan fizikal untuk sem depan dari sekarang. Yang paling penting ialah bijak buat pilihan. Aku selalu fail part ni. Lepas ni kena ambil masa untuk berfikir baru decide.

Second year. A new environment. Sebab apa? Aku dah start duk rumah sewa. Syukur la bakal roomate aku tu coursemate aku sendiri. In shaa Allah lepas ni senang sikit nak belajar. Lagi pun dia tak kedekut ilmu. Baik orangnya. 

So aku nak list out beberapa perkara yang aku mesti buat sem depan. Bukan berniat untuk bermegah tapi aku nak jadikan diri aku lebih berdisiplin. Sekurang-kurangnya aku merancang =)

Jangan skip breakfast dan kismis

Baca nota sebelum ke kelas dan ulangkaji selepas kelas

Rajin bertanya

Jaga kualiti tidur (antara 10 malam hingga 5 pagi)

Banyakkan minum air kosong

Bijak pilih kawan

Riadah setiap minggu

Join banyak program

Berjimat-cermat

Utamakan Allah dalam setiap perkara

Sentiasa tanya khabar mak ayah

Segera siapkan assignment. Paling penting kualiti


Wednesday, 1 July 2015

Sinopsis Semester Dua

Assalamualaikum...

Salam 15 Ramadhan dan sorry lambat wish sebab fokus exam. Exam macam mana? Hee so far ok la. Tak sabar nak tunggu result. Nak tengok ada peningkatan atau tak. Apa pun next sem kena lebih rajin dan setiap kerja yang dilakukan mesti efficient memandangkan sem depan credit hours lebih banyak.

Jalan-jalan
Bagi aku sem dua ni aku banyak jalan-jalan. Banyak jugak tempat kat kuala terengganu aku dah pi. Contohnya masjid terapung, masjid kristal, kg cina, pasar payang, bukit besar, taman panorama, dataran shahbandar, sekayu waterfall, pantai batu burok dan teluk ketapang. Aku dapat jalan merata pun sebab aku rapat dengan kawan orang terengganu. Dia bawa aku jalan-jalan. Banyak juga jalan kat KT aku dah hafal. Nampak sangat selalu keluar. Haha

Pembelajaran

Dari segi pembelajaran, sem ni memang tough dari sem lepas sebab terlalu banyak assignment dan presentation. Alhamdulillah everything well done. Group members pun cooperate so keja jadi senang. Cuma satu ja. Assignment jangan buat last minute. Bila buat last minute kita buat ala kadar ja. So carry mark pun ala kadar ja. 

Kewangan

Sem dua memang pakai duit banyak. First, dinner untuk course. Entah berapa kali keluar cari kasut. Sewa kereta, minyak dah telan banyak duit.

Kedua, printer aku rosak. So aku print lecture notes kat cc. Kalau cc yang murah full, aku print kat cc yang mahal. Aku jenis tak suka sesak-sesak dan menunggu. Kalau cc yang murah print sehelai 4 sen je harga. Yang mahal sehelai rm30 sen. Beza banyak sangat. In shaa Allah next sem nak repair printer dan senang sikit nak print assignment.

Ketiga, topup. Bila yes aku buat hal, aku kena topup dan purchase internet. Aku ambik yang 2gb percuma 2gb. RM48 kalau tak silap. Bila aku nak buat assignment, aku buat hotspot kat lappy. Aduii cepat pulak dia telan kuota. Tup-tup dah 80% aku guna tak sampai 24 jam. Pas tu kena topup lagi. Sedih.

Keempat, makan banyak. Aku ni badan kurus tapi makan banyak. Dan aku hanya suka makan nasi bila ada lauk campur. Dan aku tak suka nasi goreng. So aku suka la beli makanan ringan banyak-banyak. Kadar metabolisma aku tinggi. Baru sejam makan nasi perut aku berbunyi lagi. So aku kena makan. Mak aku pesan jangan sayang duit untuk makan. Mak mana sanggup tengok anak dia ikat perut tahan lapar.

Makanan

Aku dengan makanan pantai timur sampai sekarang aku tak boleh ngam lagi. Macam sup aku langsung tak boleh telan. Mungkin ada ingredient tambahan dalam sup tu yang membuatkan aku tak lalu. Tapi aku boleh telan budu dan keropok lekor. Setiap kali balik kg mesti beli budu.

Persahabatan

Part ni aku tak nak tekankan sangat. Senang cakap ada suka ada duka. Baiknya perangai seseorang kita contohi, buruknya perangai mereka kita jadikan pengajaran.

Aku rasa cukup setakat ni ja. Semoga sem depan lebih indah daripada tahun ni. Banyak mana pun cabaran yang datang moga aku dapat jalaninya dengan tabah bijak dalam ambil keputusan. Gambar? Sorry lah no picture for this entry sebab line malu-malu. In shaa Allah sempena two months semester break ni aku cuba rajinkan diri update entry. Assalamualaikum guys =)