Tak sampai 10 hari je lagi aku masuk first year second. Konklusi untuk semester pertama, biar aku sendiri yang tahu. Sedih je rasa. Tapi takpe stay positive. Next week result keluar. Berdebar pun ada sebab aku tak target tinggi mana pun. Oleh sebab tu aku nak letakkan beberapa quotes berkaitan student life. Ayat penyedap hati kata orang. Heee.
Senang cakap, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Apa yang penting kita kena berusaha.
Contoh seperti usahawan. Kebiasaannya awal perniagaan ada saja kerugian. Tapi orang yang bijak tak berhenti kat situ saja, dia akan cari alternatif lain untuk mendapatkan keuntungan dan perniagaannya berjaya.
Never say never! Setiap orang boleh berjaya dengan keyakinan yang tinggi.
Student kena belajar sesuatu yang baharu. Jangan meletakkan diri serba tahu. Kelak haru-biru.
Tiga kunci utama kejayaan seseorang ialah usaha, doa dan tawakal. Kalau berdoa sahaja tanpa sebarang usaha tiada gunanya.
Finally, kalau kita dah berminat, tiada siapa boleh hentikan kita. Sebab tu minat perlu dipupuk. Memang susah nak pupuk tapi perlu istiqomah.
Ayat penyedap hati ni sebenarnya untuk menaikkan semangat aku untuk semester depan dan seterusnya. Semoga semuanya berjalan lancar untuk semester depan. Doakan saya, ya!
No comments:
Post a Comment