Friday, 3 April 2015

Ulasan Buku : Solat Tahajjud Atasi Masalah Kewanganmu

Assalamualaikum...

Aku tak dapat BR1M sebab aku student. So aku dapat baucer. Memang salah jika aku convert baucer kepada wang tunai. Dah nama pun bauncer buku kan, so aku beli la buku-buku yang dijual kat Stadium Tertutup Gong Badak. Hari tu jugak semua baucer aku habiskan. Plus al-quran terjemahan buat bonda tercinta.

In just two days, aku dah khatam baca buku 'Solat Tahajjud Atasi Masalah Kewanganmu'. Buku ni dikarang oleh H.M. Amrin Rauf dan Rizem Aizid. Seriously lepas baca buku ni aku rasa tak nak ponteng solat tahajjud. Dia punya manfaat sangatlah banyak. Subhanallah.




Ada suatu hadis yang mengatakan:

"Sesungguhnya, pada waktu malam terdapat masa yang mana apabila setiap muslim bertepatan dengannya meminta kebaikan urusan dunia dan akhirat kepada Allah, maka pasti Allah memberikannya. Waktu itu ada pada setiap malam." (HR. Muslim)




KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD

1- Segala urusan baik di dunia mahupun akhirat akan dipermudahkan.

2-Lebih bersemangat pada waktu pagi dan jiwa lebih segar.

3-Mendekatkan diri kepada Allah.

4-Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

5-Menjadikan anda berjaya.

MASA YANG TEPAT UNTUK SOLAT TAHAJJUD

Solat tahajjud boleh dilakukan bila-bila masa sahaja selagi tidak keluar dari waktu malam. Maknanya, solat tahajjud boleh dilakukan sebelum anda tidur, setelah tidur, pada awal malam, tengah dan akhir malam. Tetapi lebih baik jika menunaikan solat sunat Tahajjud ini pada waktu sepertiga malam yang terakhir dan sesudah tidur.

TIGA ALASAN SARANAN SOLAT TAHAJJUD DILAKUKAN SETELAH TIDUR

1-Nas al-Quran mahupun hadis mengisyaratkan solat tahajjud lebih baik dilakukan sesudah tidur. Firman Allah :

"Sesungguhnya, bangun malam (bersolat dan beribadat) itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan bacaan al-Quran pada waktu itu lebih berkesan." (Surah al-Muzammil: 6)

2-Dari segi fisiologi, fungsi tidur adalah untuk merehatkan seluruh organ saraf tubuh agar kembali tenang. Sistem saraf yang tenang dan bebas daripada pelbagai ketegangan menjadikan kita lebih mudah beribadah dengan khusyuk.

3-Dari aspek endokrinologi, dalam keadaan tidur nyenyak, pengeluaran hormon merasa tertekan, mengalami penurunan (homeostasis) sehingga menyebabkan lebih khusyuk dalam solat.


Ada banyak kisah yang diceritakan bagaimana seseorang dahulunya kesempitan hidup tapi setelah mengamalkan solat sunat tahajjud hidupnya menjadi sangat senang malah diberi kebahagiaan. Subhanallah. Buku ini sangat baik untuk dibaca. So grab this book as fast as you can =)

Cukup setakat ni dulu. Banyak asssignment yang perlu aku buat. Aku bertekad nak siapkan semua assignment sebelum aku cuti mid sem. Assalamualaikum =)


No comments:

Post a Comment