Thursday, 30 April 2015

Tips Untuk Hidup Tenang

Assalamualaikum...

Orang kaya harta tak semestinya bahagia. Ada juga yang miskin, tidak mampu untuk beli barang kehendak tapi hidup tenang. Meh sini aku nak kongsi beberapa tips untuk hidup tenang.


Selalu Mengingati Allah

Jika kita mengetahui asma' Allah, kita tahu Allah adalah sebaik-baik tempat untuk meminta. Allah Maha Besar. Oleh sebab itu, kita kena jaga hubungan dengan Allah. Perkara wajib jangan tinggal. Sometimes manusia still doing the haraam. Tapi Allah Maha Pengampun. Minta pada Dia. Yang paling penting, jaga solat lima waktu sebab itu soalan pertama yang akan ditanya di dalam kubur.


Diam 

Kita tahu ramai hamba Allah yang masuk ke neraka kerana lidahnya. Sebab itu ada pepatah arab mengatakan lidah lebih tajam dari mata pedang. Oleh sebab lidah banyak keburukan yang datang kepada kita secara sedar atau tidak sedar. Jika tiada hal yang penting untuk bicara, molek kiranya kita diam. 


Husnudzon

Husnudzon bermaksud baik sangka. Berapa ramai orang zaman sekarang yang mampu beristiqomah untuk husnudzon? Kita selalu dibelit dengan judge a book by its cover. Lihat orang berpakaian selekeh kita dah anggap dia miskin. Sebenarnya bila kita husnudzon, aura positif turut sampai kepada kita. Hasilnya kita rasa tenang, rileks. 


Jangan Berhutang

Dalam surah al-Baqarah banyak diceritakan tentang hutang. Kita sudah sedia maklum hutang wajib dibayar. Sebaiknya jangan berhutang. Salah satu cara elak hutang adalah dengan cara hidup bersederhana. Jika dalam keadaan terdesak baru kita berhutang. Tapi jangan lupa untuk catatkan jumlah hutang itu dan lekas untuk membayarnya.


Berusaha

Kita sering kali mendengar tiga aspek ini iaitu usaha, doa dan tawakal. Usaha adalah proses pertama yang kita kena lalui. Ramai orang sekarang ini lebih suka untuk mencari jalan singkat demi mencapai apa yang dia inginkan. Contohnya menggunakan khidmat orang dalam supaya dia diterima bekerja dalam sesuatu organisasi. Perkara ini sangat tidak diredhai oleh Allah. Lain jika kita berusaha, kita hidup tenang meski kita tidak dapat apa yang kita inginkan sebab kita tahu kita sudah memberikan yang terbaik.


Sekian  tips dari saya. Tak banyak, tapi harap membantu. Jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik =)

No comments:

Post a Comment