Thursday, 2 July 2015

Kelebihan Berwudhuk Terhadap Kesihatan Diri

Assalamualaikum...

Dr. Magomedov Ph.D Asisten Department of The Mans General Hygiene and Ecology Daghestan State, dalam artikelnya yang berjudul Muslim Rituals and Their Effect on the Persons Health mengatakan wuduk yang dilakukan oleh orang Islam tersimulasi irama tubuh secara natural. 


Mencuci Tangan

Lebih daripada 70 peratus penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan virus, bakteria mahupun cacing disebabkan oleh sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standard yang pertama sebelum pekerja perubatan mula bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu, tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tangan.

Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada inflamasi dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Antara amalan yang menjadi kebiasaan Rasulullah adalah bersugi iaitu membersihkan gigi.

Istinsyaq

Istinsyaq ataupun menghirup air ke dalam hidung adalah perbuatan yang mungkin tidak pernah dilakukan orang kecuali apabila berwuduk. Menurut pakar bedah tumor, Dr. Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Instinsyaq membantu pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.

Membasuh Muka

Membasuh muka dapat membersihkan sisa kotoran yang melekat akibat rembesan yang dikeluarkan oleh kalenjar kulit. Pembasuhan air yang kerap dapat melindungi kulit daripada pertumbuhan jerawat.

Membasuh Kedua Tangan dan Kaki

Membasuh kedua tangan dan kaki sehingga menggosok celah-celah jari dan telapak memperkuatkan saluran darah tangan dan kaki kita. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung ekstremiti iaitu tangan ataupun kaki lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu tekanan darah yang dipam oleh jantung ke situ adalah lemah.


Semoga bermanfaat =)

No comments:

Post a Comment