Sunday, 5 July 2015

Bekerja Untuk Semester Break

Assalamualaikum...

Aku yakin lebih 50% student uni yang sekarang ni tengah semester break bekerja untuk survive kat uni next sem. Cuti 2 bulan dapat sekurang-kurangnya RM800 dah kira ok. At least boleh lepas bayar duit remah sewa dalam 5 atau 6 bulan.

Macam tu jugak aku. Asal bukan orang senang ditambah pula dengan harga barang semakin meningkat mendesak aku untuk cari pekerjaan. Memang aku ada tolong mak aku buat kuih. Tapi seboleh-bolehnya aku tak mau minta walau sesen upah. Cukup la mak aku tolong bagi duit masa aku kat uni. Kesian.

Makanya alhamdulillah aku tak perlu berhempas-pulas cari kerja tapi aku terus ditawarkan kerja. Aku pandang mungkin berkat aku kerjakan solat sunat dhuha. Tiada niat untuk riak tapi aku nak pesan, kalau rasa sempit istighfar dan kerjakan solat sunat dhuha. In shaa Allah apa yang sempit akan dilapangkan.

Aku dapat bekerja tolong jaga kedai hanya untuk bulan puasa. Hanya berbaki 11 hari lagi. Jadi salary aku memang tak sampai RM300. Aku yakin dengan rezeki Allah. Aku yakin dengan janji Allah bahawa solat sunat dhuha itu pembuka rezeki. Asalkan kita bekerja dengan ikhlas dan niat lillahi taala.

No comments:

Post a Comment