Tahniah aku ucapkan kepada bakal pelajar ijazah sarjana muda yang dapat universiti awam. Yang tak dapat tu jangan kecewa. Rezeki Allah sangatlah luas. Percayalah. Berikut tips dari diri aku sendiri untuk kau survive kat uni :-
Tanya roomate apa yang dia suka dan tak suka
Kau jangan ambil remeh hal ni. First day kau check in, hari tu jugak kau kena tanya apa yang roomate kau suka dan tak suka. Walaupun ada yang kau tak berapa setuju, kau cuba la tolerate. Kalau tak leh tolerate, advice elok-elok. Aku bagi tau ni pun berdasarkan pengalaman aku.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Zaman sekarang ni ramai yang jenis suka tikam belakang. Kau nak buat apa pun beringat. Sometimes kau kena jugak refuse pelawaan depa sebab nak bagi ruang untuk diri kau sentiasa berwaspada.
Menabung walau sikit
Nilai matawang kita dah jatuh sekarang due to high price of goods and services. Sekupang pun bermakna tau. Masa kat uni aku suka simpan duit syiling dan not RM5 warna hijau tu. Walaupun PTPTN sikit, tapi ok la saving pun boleh tahan. Tapi sayangnya, ah sudahlah aku tak nak cerita. Yang penting sem ni aku kena lebih berdisiplin dan tegas.
Segera siapkan assignment
Jangan menunda sebab orang yang berjaya suka melakukan apa-apa saja on time. Bila kau buat awal-awal, kau boleh search banyak information dan kau boleh tunjuk kat lecturer tentang input yang kau dapat. Dengan cara ni akan membantu kau dapat carry marks yang cemerlang.
Attend kelas setiap hari
5% daripada carry marks datangnya dari attendance. Bila kau selalu ke kelas, kau lebih faham apa yang kau belajar dan kau tak terlepas daripada ambik kuiz. Usually lecturer tak bagi tau bila nak buat kuiz. Kuiz pun termasuk dalam carry marks.
Baca nota sebelum dan selepas kelas
Ada kelebihan baca nota sebelum dan selepas kelas. Tujuannya untuk mengukuhkan pemahaman kau dalam sesuatu topik. Besides advantage untuk kau menghadapi kuiz.
Breakfast setiap hari
Aku baca kat ig Dr Nur Azah Isa pasal breakfast. Betapa pentingnya untuk kita ambil breakfast yang bernutrisi sebab ia dapat bagi tenaga sepanjang hari. Jangan ambil remeh naa. Oleh sebab itu bangunlah awal pagi buat sarapan.
Itu saja tips dari aku. Sebenarnya banyak lagi. Tapi apa yang aku highlight ni sebenarnya amatlah berguna untuk diri aku sendiri. Maka dengan itu aku serius bab-bab ni. Untuk adik-adik yang bakal berorientasi, jangan merungut. Walaupun kau tak suka tapi itu la pengalaman yang kau boleh cerita kat orang.
Tanks for sharing.Sebelum nak masuk U mesti kna tahu kan apa kena buat.Keep writing :)
ReplyDeletethis is good. tq
ReplyDeleteNik makan pagi jarang biasanya selalu tengah hari hi3
ReplyDeletemaklumlah bangun utk sembahyang je lepas tu tidur balik hi3...
part yang siapkan assigment awal tuh macam.. macamm.. hmm.. hmm,, *pandang langit
ReplyDelete