Assalamualaikum...
Tetamu ialah orang yang bertandang ke rumah kita dengan tujuan atau tanpa tujuan. Tetamu ni tak semestinya orang yang kita kenal. Acap kali kita mendengar tentang 'adab sebagai tetamu', tetapi kali ni aku nak sentuh adab kita sebagai tuan rumah untuk menyambut tetamu. Di bawah ni aku sertakan beberapa adab yang perlu kita aplikasikan selaku tuan rumah :-
Berwajah Manis
Cuba kita tanya pada diri kita, adakah kita suka sekiranya kita bertandang ke rumah orang, muka tuan rumah masam mencuka?? Persepsi pertama yang terlintas di fikiran kita mesti "eh dia macam tak suka aku datang ja". So kalau kita tak nak jadi macam tu, kita kena la berwajah manis. Senyum itu kan sedekah. Sedekah itu kan pembuka rezeki.
Beri minuman atau makanan
Aku faham sesetengah orang bila tetamu datang rumah mesti pening tak tahu nak sajikan makanan apa. Ini lebih baik daripada orang yang tak mahu langsung memberi sebarang minuman atau makanan kepada tetamu. Walaupun kita baru balik bekerja, kat rumah tak ada sebarang makanan ringan untuk disajikan, memadailah dengan memberi segelas air. Sekurang-kurangnya tetamu rasa dihargai.
Rendahkan volume televisyen atau radio
Aku pernah ziarah ke satu rumah ni. Walaupun tetamu ada, langsung tak dihiraukan volume televisyen. Bukan apa, nak sembang pun jadi tak best sebab pendengaran kita terhadap hal yang disembangkan tidak jelas. Biasalah kadang-kadang kita sebagai tuan rumah tak perasan bahawa bunyi kuat dari televisyen ganggu conversation. So tuan rumah perlu lebih peka tentang perasaan tetamu.
Jangan Kemas Rumah Ketika Tetamu Ada
Mak aku selalu pesan, bila tetamu datang, jangan kemas rumah. Tetamu akan rasa yang dia hanya menganggu tuan rumah. Lagi satu, bila kita sembang sambil kemas rumah, kadang-kadang tu kita tak terlalu fokus terhadap topik yang dibincangkan. Oleh sebab itu tuan rumah perlu tinggalkan sekejap kerja tersebut dan duduk bersembang dengan tetamu.
Walaupun tips yang aku bagi ni sedikit cuma, tapi aku harap sangat kita lebih peka selepas ni. Semoga bermanfaat. Assalamualaikum =)
Instead of kemas rumah, saya selalu dengar, jangan menyapu masa tetamu ada. Kalau kita menyapu, kita macam nak menghalau tetamu tu.
ReplyDeleteBetul tu kak farah. Mak pun pernah cakap pasal sapu sampah tu
Deletekak ana singgah sini munirah, satu perkongsian yang baik.terima kasih :)
ReplyDeletesama-sama =)
DeleteTetamu yang hadir adalah rezeki..
ReplyDeleteabsolutely. Mak pun pernah cakap pasal tetamu yang hadir adalah rezeki =)
Delete