Sunday, 20 September 2015

Throwback : Basirah Nikah

Assalamualaikum...

Nowadays kita dapat lihat ramai yang bernikah muda. Memang nikah muda ni banyak kelebihannya tetapi ia tidak bermakna tanggungjawab selepas nikah perlu dipandang enteng. Through observation, aku tengok ada yang bahagia dan tidak bahagia bila nikah muda. Pucuk pangkalnya pada diri kita sendiri. Memasuki alam rumah tangga bukan boleh dibuat main-main. Soalnya adakah kita sudah mempersiapkan diri kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami?? 

Tetapi aku kagum dengan kawan aku. Dengan siapa dia berkawan langsung aku tak tahu. Tup tup dia ada khabarkan yang dia nak bertunang. Tak lama lepas tu dia jemput ke majlis akad nikah. Aku ingat lagi masa majlis akad nikah, nak panggil suami sendiri pun malu. Habis merah muka dia aku tengok. Bagi aku spouse macam ni la nampak sweet. Orang zaman sekarang khususnya untuk wanita rasa malu tu dah kurang. Sedangkan malu itu manis. Ini teguran untuk aku sendiri supaya lebih menjaga soal ikhtilat.

Walaupun aku tak dapat attend kenduri dia, aku syukur dapat attend majlis akad nikah. Lupa nak bagi tau, basirah dah pregnant dan in shaa Allah due date bulan disember nanti. Semoga proses bersalin berjalan dengan lancar hendakNya. Seperti biasa, aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan korang =)


Aku dan classmate dalam kereta tunggu basirah datang. Majlis akad nikah diadakan di pejabat agama. Aku pun tak tau kenapa diorang tak buat kat masjid. For sure mereka ada alasan yang tersendiri. Btw tengok la pipi tu. Kembang semacam. Dengar kata produk belvya bagus untuk menjadikan muka bulat menjadi runcing. Nak try beli la nanti!



Sesi menyarung cincin. Masing-masing malu. 


Aku dan basirah. Time ni kat depan rumah dia. Tengok la jubah aku tu. Beli kat pasar kemboja ja. Haha jujur aku cakap aku ni memang suka pakai pakaian yang murah-murah. Cukuplah sekadar aku selesa =)


Classmate yang dapat hadir


Combination kawan-kawan sekolah lama dan sekolah baru basirah


Satu hal yang buat aku rasa gembira sangat-sangat nama yang aku cadangkan untuk anak basirah dipilih. Aku cadangkan safiyyah. Dia nak letak nama anak dia Nur Safiyyah Insyirah. Sedap nama. Sekarang tak sabar tunggu basirah bersalin. Of course la nak tengok muka anak ikut sapa. Hahaha. Untuk aku yang belum berkahwin, sudah tentu aku inginkan seorang suami yang soleh. Maka dengan itu aku perlu jadi solehah. Ubah sedikit demi sedikit sebab Allah tak pandang kuantiti, sebaliknya kualiti =)



2 comments:

  1. Alhamdulillah. Simple.yg penting bahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, murah rezeki kawan awak ni. Jodoh pun cepat je jumpa :)

    ReplyDelete