Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Monday, 12 October 2015

Sambungan Cerita Skynet

Assalamualaikum...

Ingat tak entry aku yang lepas pasal skynet? Haha geram kan. Hari yang abah aku pegi ofis tu, that chinese cakap nak pos malam tu jugak. Aku dah gembira time tu. Boleh dikatakan setiap hari aku cek airway bill. Alhamdulillah pos hari isnin dan sampai hari sabtu. Tapi kan kerani skynet kat kuala terengganu ada pesan, aku boleh ambil motor bila diorang kol je.

Hari ahad skynet cuti. Buka pulak hari isnin. Aku tunggu panggilan dari pihak skynet tapi tak ada pun. Aku pulak yang kol ofis skynet sini berkali-kali tapi langsung tak diangkat. Time tu dah rasa fed up dan nak marah pun ada. Sebab? Masa first time aku nak pi tuntut motor tapi tak ada tu, aku dengar berkali-kali panggilan masuk tapi kerani tak angkat. Sebaliknya terus berbual. Memang tiada tanggungjawab. So aku decide nak pergi ambik sendiri hari rabu pagi. Kemain rushing aku. Yela sebab aku ada kuliah pukul 11 pagi. Rasa gembira sangat dapat tengok motor walaupun raga motor sedikit kemek. Time tu aku dah tak rasa nak marah orang. Happy motor ada depan mata.

Alhamdulillah sejak ada motor ni tak perlu letih-letih jalan kaki dari rumah sewa ke kuliah. Kemudian aku senang sikit keluar cari barang dan join program mana-mana kelab. Kiranya aku dah independent dan tak perlu bergantung kepada orang untuk pergi sana sini. Memang bersyukur sangat-sangat.



Alhamdulillah bukan aku saja yang senang bila ada motor, malah roomate aku. Pasal duit minyak bergilir-gilir bayar. RM5 cukup untuk seminggu kalau tak melencong ke tempat lain (jalan-jalan). Aku berharap sangat bila ada motor ni aku lebih rajin ke kelas, buat kerja dengan cepat dan join banyak program. Last but not least, tenkiu korang yang komen kat previous entry. Ada yang suruh sabar dan ada yang cerita pengalaman guna perkhidmatan syarikat kurier. Anything boleh buat  aduan kat pihak syarikat supaya diorang boleh improve service. So, assalamualaikum...

Sunday, 20 September 2015

Throwback : Basirah Nikah

Assalamualaikum...

Nowadays kita dapat lihat ramai yang bernikah muda. Memang nikah muda ni banyak kelebihannya tetapi ia tidak bermakna tanggungjawab selepas nikah perlu dipandang enteng. Through observation, aku tengok ada yang bahagia dan tidak bahagia bila nikah muda. Pucuk pangkalnya pada diri kita sendiri. Memasuki alam rumah tangga bukan boleh dibuat main-main. Soalnya adakah kita sudah mempersiapkan diri kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami?? 

Tetapi aku kagum dengan kawan aku. Dengan siapa dia berkawan langsung aku tak tahu. Tup tup dia ada khabarkan yang dia nak bertunang. Tak lama lepas tu dia jemput ke majlis akad nikah. Aku ingat lagi masa majlis akad nikah, nak panggil suami sendiri pun malu. Habis merah muka dia aku tengok. Bagi aku spouse macam ni la nampak sweet. Orang zaman sekarang khususnya untuk wanita rasa malu tu dah kurang. Sedangkan malu itu manis. Ini teguran untuk aku sendiri supaya lebih menjaga soal ikhtilat.

Walaupun aku tak dapat attend kenduri dia, aku syukur dapat attend majlis akad nikah. Lupa nak bagi tau, basirah dah pregnant dan in shaa Allah due date bulan disember nanti. Semoga proses bersalin berjalan dengan lancar hendakNya. Seperti biasa, aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan korang =)


Aku dan classmate dalam kereta tunggu basirah datang. Majlis akad nikah diadakan di pejabat agama. Aku pun tak tau kenapa diorang tak buat kat masjid. For sure mereka ada alasan yang tersendiri. Btw tengok la pipi tu. Kembang semacam. Dengar kata produk belvya bagus untuk menjadikan muka bulat menjadi runcing. Nak try beli la nanti!



Sesi menyarung cincin. Masing-masing malu. 


Aku dan basirah. Time ni kat depan rumah dia. Tengok la jubah aku tu. Beli kat pasar kemboja ja. Haha jujur aku cakap aku ni memang suka pakai pakaian yang murah-murah. Cukuplah sekadar aku selesa =)


Classmate yang dapat hadir


Combination kawan-kawan sekolah lama dan sekolah baru basirah


Satu hal yang buat aku rasa gembira sangat-sangat nama yang aku cadangkan untuk anak basirah dipilih. Aku cadangkan safiyyah. Dia nak letak nama anak dia Nur Safiyyah Insyirah. Sedap nama. Sekarang tak sabar tunggu basirah bersalin. Of course la nak tengok muka anak ikut sapa. Hahaha. Untuk aku yang belum berkahwin, sudah tentu aku inginkan seorang suami yang soleh. Maka dengan itu aku perlu jadi solehah. Ubah sedikit demi sedikit sebab Allah tak pandang kuantiti, sebaliknya kualiti =)



Wednesday, 2 September 2015

Dah Cukup 100

Assalamualaikum...

Hidup ni kena ada matlamat kan. Bila kita ada goals, kita akan cari apa jua inisiatif untuk capai goals tu. Macam aku, alhamdulillah dah capai matlamat aku. Apa??

Minggu lepas aku baru buat cbox. Minggu lepas juga aku start blogwalking. Dari situ aku baru dapat followers. Matlamat aku ialah sebelum pergi uni aku kena dapatkan at least 100 followers. Alhamdulillah well done setelah gigih blogwalking. 


Alhamdulillah thank you korang yang sudi follow blog aku. Tak kurang jugak kepada blogger yang selalu komen positif. You really make me touched. Hehe matlamat aku seterusnya, aku kena dapatkan at least 300 followers untuk bulan september ni. Hee good luck for myself =)

Thursday, 21 May 2015

Syaza Dalam Ingatan

Assalamualaikum...

Hari ni hari yang sangat pilu buat diri aku. Roomate dah berhenti belajar kat UMT tercinta ni dan in shaa Allah akan melanjutkan pelajaran sebagai nursing student under SPA. Jaminan kerja dah ada even gaji tak berapa banyak buat permulaan. Alhamdulillah moga-moga ringan beban mama dan abah syaza.

Sepanjang sembilan bulan perkenalan kita, memang ada episod suka dan duka. Andai ada yang terasa hati harap dimaafkan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab kita dapat celebrate birthday kita semua. 

Actually bila syaza cakap nak balik hari khamis pagi, memang la rasa terkejut dan tetiba perasaan hiba tu datang. Waktu malam bila lampu bilik dah turn off, time tu mun menangis. How fast time flies. Sebab mun pernah berjanji mun nak bawa syaza dan dayah jalan-jalan sebelum sem 2 ni berakhir. Yelah sem 2 ni kita tak pernah outing sama-sama.

Semalam lepas dinner kat belakang umt, keluar kejap gi mydin. Time tu dah pukul 8.35 malam. Niat di hati kena beli jugak something untuk dibuat kenangan. Asalnya nak beli bear. Harga murah under rm10. Tapi memandangkan kawan syaza dah ramai yang hadiahkan bear, mun tukar beli tempat letak pen dan boleh jugak letak kerongsang dan jarum peniti. So multi-function. Memang murah je harga tapi itulah hadiah dari mun dan seikhlas hati mun bagi.

Cerita pasal pagi tadi. Mun sebenarnya dah plan nak pi lab pukul 8 sampai 10. Kemudian nak jumpa lecturer untuk peer assessment. Sebab tu mun tanya pukul berapa mak syaza nak sampai. Syaza cakap pukul 9. Its ok. Mun cancel nak pi lab dan ingat nak memberi jasa yang terakhir buat syaza. Bantu mana yang patut. Alhamdulillah everything well done. Mun tak kisah cancel pi lab hari ni sebab mun sangat yakin ada hikmahnya ni. Mungkin nanti Allah permudahkan urusan mun, who knows kan.

Memang sem 2 ni kita jarang bercakap, jarang keluar makan sama-sama. Tapi mun syukur mun ada banyak gambar kita bersama untuk dibuat kenangan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nak atau tak kita kena akur. Kita rancang, tapi Allah rancang jua. Namun perancangan Allah jauh lebih hebat. Jangan lupa jemput datang kenduri nanti k. Kalau takde hal sampai jugak rumah syaza nanti. In shaa Allah.


First outing kita waktu sem 1. Lokasi pantai teluk ketapang. Syaza yang pakai tudung warna kuning.


Dalam gambar ni macam syaza yang drive walhal titew. huhuhu


KFC time!!!!


Picnic dengan family syaza kat pantai teluk ketapang. Makanan sedap dan layanan yang diberi pun best. Takde la rasa janggal sangat.


Time ni final exam sem 1. First time kita gi pantai tok jembal sama-sama. Hehe.


Kat Kg Cina. Pun sama time ni tinggal beberapa hari je lagi nak cuti sem.





Last but not least, sorry mun dapat upload beberapa picture je sebab line malu-malu kucing. Mun bersyukur dapat roomate macam korang. Jangan lost contact. Nanti bila dapat tahu belajar kat mana jangan lupa bagi tau naa.

I love you, syaza!!!


Tuesday, 5 May 2015

Handphone Rosak

Assalamualaikum...

Sedih tak terkata, smartphone kesayangan rosak. Cas kadang masuk kadang tak masuk. Kalau masuk pun 1% ada dalam 20 minit. Dah pergi kedai tapi katanya masalah bateri. Aku pun beli bateri baru. Harganya RM70. Bila balik cas still bermasalah. Aku yakin mesti rosak kat lubang tempat cas tu sebab sebelum ni aku penah repair phone kat bahagian tu.

Sekarang ni kalau nak inform apa-apa melalui whatsapp. Lagi la susah aku nak dapat info bila phone rosak. Tapi alhamdulillah ada seorang hamba Allah baik hatinya sudi pinjamkan phone dia supaya kerja-kerja aku dapat berjalan dengan mudah. 




Walaupun phone dia tak macam phone aku, dapat whatsapp pun dah kira ok la. Mulianya hati dia bila dia izinkan aku guna phone dia selama mana yang aku mahu. Sebenarnya aku tak berhajat nak repair buat masa sekarang sebab kos nak repair ratusan ringgit. Plus aku banyak guna duit sekarang untuk bayar itu dan ini. 




Rasulullah saw bersabda, "barangsiapa melepaskan urusan yang sulit, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat". Zaman sekarang ni smartphone dah macam satu keperluan bagi setiap individu. Yela dengan adanya smartphone banyak hal boleh dilakukan. Tetapi harus diingat, letak dunia di tangan, bukan di hati. Baru bahagia. 




Friday, 13 March 2015

Throwback: Reunion Economics Class

Assalamualaikum...

Aku suka dan suka semester break lepas sebab aku dapat spend time dengan kawan-kawan sekolah menengah even tak semua orang ada. Aim nak eratkan silaturrahim. Alhamdulillah seriously seronok jumpa kawan-kawan lama. 

Masa semester break hari tu aku attend kenduri, reunion and having short vacay kat langkawi. Untuk first ni aku nak share pasal reunion kawan-kawan form six dulu. Even tak semua orang ada, benda yang paling aku kena appreciate ialah moment bergelak ketawa bila duduk semeja. 



Yang pakai shawl warna brown ni namanya Alwani. Masa sekolah dulu time waktu rehat memang selalu makan sama-sama. Specialnya alwani ni dia sorang gelak macam sepuluh orang. Hangpa akan rasa kemeriahannya bila dia ada bersama hangpa. Haa tudia. Pastu dia selalu habiskan makanan yang aku tak habis. Tu yang seronok ajak dia keluar makan. Tak membazir. Hehe.



Budak laki kelas aku total 6 orang. Time ni rahimi tak boleh attend sebab kerja. Sepanjang setahun lebih belajar bersama-sama mereka memang best. Depa ni tak macam laki lain yang penah aku jumpa. Tak tau macam mana nak explain. Depa ni bagus sangat-sangat. 



Seriously banyak gila dishes yang kawan-kawan aku masak. Banyak juga yang tak habis. Cadangnya nak makan lepas solat jumaat. Last sekali makan pukul 5 lebih. Tula rahimi tak mai. Kalau tidak confirm habis. Hehehe.



Well, gegirl memang camni. Suka wefie dan bergelak ketawa. Sekali tangkap gambar mencecah ratusan, bukan puluhan. Sabo je la. Girls be like kan...



The last picture in this entry. Tengok happening gini tipu la kalau takda langsung perselisihan faham. Manusia tak perfect kan. Ada jugak kekurangannya. Tapi alhamdulillah even sometime tak bersefahaman, Allah berikan kami hati dan juga pendirian supaya cepat-cepat bertolak ansur. Baru la cepat rasa kemanisan bersahabat.

Aku rasa sampai sini je kot entry aku. Tunggu aku update short vacay aku dengan bestie kat langkawi. 




Sunday, 24 August 2014

Transformasi Template

Assalamualaikum.


Memandangkan aku ni umur 20 tahun, aku kena ubah pemikiran aku supaya lebih matang lagi. Yela sebelum ni ada jugak nampak childish. Anak manja mak even bukan bongsu. Adik aku pun tak manja macam aku. Kadang tu malu pun ado. Hihi.


Sape yang penah baca blog aku tau la betapa sarat dan suramnya blog aku. Naik rimas dibuatnya. Aku pun nak jugak menyenangkan hati pembaca. Tapi aku belum ketemu solusinya.


Semalam aku spend masa aku depan laptop je. Kau tahu ape aku buat? Haa kemaskini blog ni la. Aku nak blog yang simple dan suci ya.


Last sekali aku jumpa jugak jalan penyelesaian. Rupanya just guna simple template. Yang aku ni pulun la tanya Encik Google. Haha bak peribahasa Melayu, "kalau tak dipecahkan ruyung, bagaimana nak dapat sagunya?? Ya, aku setuju!


Alhamdulillah Allah memudahkan urusan aku. Tak sampai 5 jam hadap laptop dah jumpa dah template yang aku nak. Lagu dan background dalam blog aku padam semua. Lagu tu memang best, tapi kadang tu macam bingit pulak dengar. Asal buka new tab dengar lagu. Bising ah!


Baru-baru ni blogger FL pun upgrade dia punya blog ke arah lebih matang macam blog sister-in-law dia, Maria Elena. Tak nampak kebudak-budakan. Simple. I love it.


Walaupun blog nampak 'diam', in shaa Allah jari jemari nisentiasa cakna dalam melaporkan kejadian penting dan sometime tu tak penting pun dalam kehidupan aku.


Actually aku tengah upgrade lagi blog aku ni. Pelan-pelan, ya. Aku tengah berebut masa. See you soon guys. Doakan urusan hamba ke Terengganu berjalan dengan lancar dan diredhai Ilahi.






To-Do-List

Assalamualaikum.


Lebih kurang seminggu je lagi aku nak daftar diri sebagai seorang pelajar bagi pemegang ijazah sarjana muda. Rasa cuak pun ada sebab aku tak berapa sukakan orientasi. Macam mana pun, aku kena reset pemikiran aku. Orientasi waktu master dah takde. Yang last pun untuk degree. So, hayatilah orientasi tu sebaik mungkin, ye!


Sebenarnya dari tadi aku tengah fikir to-do-list untuk awal pagi ni. Banyak benda kena buat. Kadang tu rasa serabut jugak. Tapi takpe aku kena well planned mende nih.


9 Pagi
Pergi CIMB tukar waran WPP. Memang tengah perlukan duit untuk beli barang masuk u. Hopefully kau guna WPP ni sebijak yang mungkin, ye munirah!



10 Pagi
Hantar dokumen yang perlu difotostat. Setiap satu dokumen aku buat 7 salinan. Kemudian nak cop pengesahan siap-siap. Nanti tak payah dua tiga kali balik dari terengganu mai kedah semata-mata nak cop ni. Biar buat siap-siap, tak kalut nanti. Tambang dua hala hampir RM100. Hidup kena berjimat, munirah.



2 Petang
Waktu petang aku nak habiskan masa dengan bershopping. Beli baju kat bundle je. Habis jimat nih. Hihi. Guna duit WPP. Ha, dan satu hal lagi. Esok aku kena kol pihak PTPTN sebab hari tu aku tersilap isi maklumat. Aku takut application aku gagal. Parokk parokkk. Harap-harap dipermudahkan.



Haa last but not least, aku dah reset minda aku pasal umt. Aku harap sangat aku enjoy berada di sana memandangkan aku suka nature. Tapi, kat situ agak panas. Tak pe. Nanti dah biasa ok la tu kan.


Haa gambar kat bawah ni kapal RV Discovery milik UMT. Dengar kata kapal ni kapal penyelidikan. Walaupun UMT ni saiz uni dia kecik, tapi mampu teroka seluas lautan tau. Haa, jangan main-main. Kau ado? Hihi. I'm proud to be UMTians.