Thursday, 21 May 2015

Syaza Dalam Ingatan

Assalamualaikum...

Hari ni hari yang sangat pilu buat diri aku. Roomate dah berhenti belajar kat UMT tercinta ni dan in shaa Allah akan melanjutkan pelajaran sebagai nursing student under SPA. Jaminan kerja dah ada even gaji tak berapa banyak buat permulaan. Alhamdulillah moga-moga ringan beban mama dan abah syaza.

Sepanjang sembilan bulan perkenalan kita, memang ada episod suka dan duka. Andai ada yang terasa hati harap dimaafkan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab kita dapat celebrate birthday kita semua. 

Actually bila syaza cakap nak balik hari khamis pagi, memang la rasa terkejut dan tetiba perasaan hiba tu datang. Waktu malam bila lampu bilik dah turn off, time tu mun menangis. How fast time flies. Sebab mun pernah berjanji mun nak bawa syaza dan dayah jalan-jalan sebelum sem 2 ni berakhir. Yelah sem 2 ni kita tak pernah outing sama-sama.

Semalam lepas dinner kat belakang umt, keluar kejap gi mydin. Time tu dah pukul 8.35 malam. Niat di hati kena beli jugak something untuk dibuat kenangan. Asalnya nak beli bear. Harga murah under rm10. Tapi memandangkan kawan syaza dah ramai yang hadiahkan bear, mun tukar beli tempat letak pen dan boleh jugak letak kerongsang dan jarum peniti. So multi-function. Memang murah je harga tapi itulah hadiah dari mun dan seikhlas hati mun bagi.

Cerita pasal pagi tadi. Mun sebenarnya dah plan nak pi lab pukul 8 sampai 10. Kemudian nak jumpa lecturer untuk peer assessment. Sebab tu mun tanya pukul berapa mak syaza nak sampai. Syaza cakap pukul 9. Its ok. Mun cancel nak pi lab dan ingat nak memberi jasa yang terakhir buat syaza. Bantu mana yang patut. Alhamdulillah everything well done. Mun tak kisah cancel pi lab hari ni sebab mun sangat yakin ada hikmahnya ni. Mungkin nanti Allah permudahkan urusan mun, who knows kan.

Memang sem 2 ni kita jarang bercakap, jarang keluar makan sama-sama. Tapi mun syukur mun ada banyak gambar kita bersama untuk dibuat kenangan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nak atau tak kita kena akur. Kita rancang, tapi Allah rancang jua. Namun perancangan Allah jauh lebih hebat. Jangan lupa jemput datang kenduri nanti k. Kalau takde hal sampai jugak rumah syaza nanti. In shaa Allah.


First outing kita waktu sem 1. Lokasi pantai teluk ketapang. Syaza yang pakai tudung warna kuning.


Dalam gambar ni macam syaza yang drive walhal titew. huhuhu


KFC time!!!!


Picnic dengan family syaza kat pantai teluk ketapang. Makanan sedap dan layanan yang diberi pun best. Takde la rasa janggal sangat.


Time ni final exam sem 1. First time kita gi pantai tok jembal sama-sama. Hehe.


Kat Kg Cina. Pun sama time ni tinggal beberapa hari je lagi nak cuti sem.





Last but not least, sorry mun dapat upload beberapa picture je sebab line malu-malu kucing. Mun bersyukur dapat roomate macam korang. Jangan lost contact. Nanti bila dapat tahu belajar kat mana jangan lupa bagi tau naa.

I love you, syaza!!!


No comments:

Post a Comment