Saturday, 23 May 2015

Body Scrub Home Made

Assalamualaikum...

Kita setiap hari mesti terdedah dengan habuk kan. Kemudian kita mandi kononnya nak bersihkan badan. Sebenarnya tak semua kotoran tertanggal. Mungkin kita mandi tu kita just nak wangikan badan kita dan elakkan badan melekit disebabkan oleh peluh.

Skrub badan sebenarnya dapat menanggalkan kotoran seperti daki dengan lebih efektif. Memang kat supermarket dan toko-toko jamu banyak jual skrub. Tapi kalau nak lebih selamat kita buat sendiri. In shaa Allah puas hati. Skrub badan yang aku nak share ni perlukan kos yang rendah dan mudah didapati. Dua je bahan yang diperlukan iaitu serbuk teh atau kopi dengan madu. Itu je. 



serbuk teh


serbuk kopi


madu


Aku prefer korang guna serbuk kopi berbanding teh sebab serbuk kopi lebih halus. At least bila korang tonyoh kat kulit badan takde la rasa pedih. Khasiat yang ada pada serbuk kopi pun tak jauh beza dengan serbuk teh. Serbuk kopi pun sesuai buat skrub muka berbanding serbuk teh. Kalau serbuk teh ni kasar. Takut boleh damage kulit wajah. So, serbuk kopi yang terbaik.

Kalau korang agak susah nak dapatkan madu, korang boleh gantikan dengan lotion badan. Body lotion kat kedai runcit pun ada. So senang nak grab. Lepas tonyoh dan kemudian bilas, dapat la rasa kulit tu makin licin. Time tu dah rasa puas hati sebab kulit makin licin.


Cara-cara

1-Tuang serbuk kopi/teh dalam kuantiti yang agak tak membazir dalam bekas yang bersih

2-Tuang madu agak-agak sebati bila nak diadun dengan serbuk kopi/teh

Senang je nak buat body crub. Aku duk kat hostel pun buat. Dalam seminggu tu skrub badan dalam 2 kali. Itu pun dah cukup. Kalau dari mata kasar, memang tengok kulit aku tak lawa mana. Tapi kita sendiri yang rasa kulit macam mana kita tau la kann. Bagi aku skrub ni paling senang nak buat. In shaa Allah akan aku amalkan sampai hari tua. Ameen. Korang try la jugak. Kulit halus gituuu. 









No comments:

Post a Comment