Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Tak Rugi Ramai Kawan

Assalamualaikum...



Mesti ada antara korang yang suka bilang hari sampai hari start cuti kan? Haha aku termasuk dalam spesies ni. Ada jugak yang tak endah langsung bab-bab cuti nih. Bagi aku golongan macam ni memang cool habis.

Aku ni kalau nak balik kedah mesti hati berbunga-buaga. First memang nak jumpa mak abah. Second ramai kawan-kawan sedang menunggu. Normally kami akan keluar jalan-jalan dan makan. Dah jadi tradisi pun.

Beberapa hari selepas tibanya aku kat bumi Kedah, kawan ada whatsapp ajak keluar makan kfc. Dia nak belanja. Alhamdulillah merasa jugak gaji dia. Haha. Dua hari yang lepas pulak kawan aku dari seremban datang rumah ziarah mak aku kemudian kami pergi rumah dia. Selalunya waktu cuti mak kawan aku ni memang selalu jemput aku datang rumah untuk makan laksa. Laksa mak dia memang sedap. Kalau makan tak bertambah memang tak sah!

Kemarin pun aku keluar makan tom yam kat tanjung dawai. Tapi kali ni kawan tak belanja. Apa yang membuatkan hati aku berbunga-bunga ialah sebaik saja hantar kawan aku pulang, diajaknya pulak makan bubur labu yang mak dia buat. Bertambah-tambah juga aku makan. Ada jugak kawan-kawan yang ajak main bowling dan futsal, tapi aku terpaksa refuse memandangkan kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni.

Memang langsung tak rugi ramai kawan sebab ia mendatangkan manfaat kepada kita. Ada orang yang tak suka kawan ramai dengan konon prinsip mereka 'biar kawan sedikit tapi berkualiti'. Aku setuju jugak prinsip sebegitu tapi better ramai kawan dan kita pelan-pelan seret kawan kita ke arah kebaikan. Akhir kata, jangan berkasih biar satu, berkawan biar beribu. Huhuhu

Sunday, 20 September 2015

Throwback : Basirah Nikah

Assalamualaikum...

Nowadays kita dapat lihat ramai yang bernikah muda. Memang nikah muda ni banyak kelebihannya tetapi ia tidak bermakna tanggungjawab selepas nikah perlu dipandang enteng. Through observation, aku tengok ada yang bahagia dan tidak bahagia bila nikah muda. Pucuk pangkalnya pada diri kita sendiri. Memasuki alam rumah tangga bukan boleh dibuat main-main. Soalnya adakah kita sudah mempersiapkan diri kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami?? 

Tetapi aku kagum dengan kawan aku. Dengan siapa dia berkawan langsung aku tak tahu. Tup tup dia ada khabarkan yang dia nak bertunang. Tak lama lepas tu dia jemput ke majlis akad nikah. Aku ingat lagi masa majlis akad nikah, nak panggil suami sendiri pun malu. Habis merah muka dia aku tengok. Bagi aku spouse macam ni la nampak sweet. Orang zaman sekarang khususnya untuk wanita rasa malu tu dah kurang. Sedangkan malu itu manis. Ini teguran untuk aku sendiri supaya lebih menjaga soal ikhtilat.

Walaupun aku tak dapat attend kenduri dia, aku syukur dapat attend majlis akad nikah. Lupa nak bagi tau, basirah dah pregnant dan in shaa Allah due date bulan disember nanti. Semoga proses bersalin berjalan dengan lancar hendakNya. Seperti biasa, aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan korang =)


Aku dan classmate dalam kereta tunggu basirah datang. Majlis akad nikah diadakan di pejabat agama. Aku pun tak tau kenapa diorang tak buat kat masjid. For sure mereka ada alasan yang tersendiri. Btw tengok la pipi tu. Kembang semacam. Dengar kata produk belvya bagus untuk menjadikan muka bulat menjadi runcing. Nak try beli la nanti!



Sesi menyarung cincin. Masing-masing malu. 


Aku dan basirah. Time ni kat depan rumah dia. Tengok la jubah aku tu. Beli kat pasar kemboja ja. Haha jujur aku cakap aku ni memang suka pakai pakaian yang murah-murah. Cukuplah sekadar aku selesa =)


Classmate yang dapat hadir


Combination kawan-kawan sekolah lama dan sekolah baru basirah


Satu hal yang buat aku rasa gembira sangat-sangat nama yang aku cadangkan untuk anak basirah dipilih. Aku cadangkan safiyyah. Dia nak letak nama anak dia Nur Safiyyah Insyirah. Sedap nama. Sekarang tak sabar tunggu basirah bersalin. Of course la nak tengok muka anak ikut sapa. Hahaha. Untuk aku yang belum berkahwin, sudah tentu aku inginkan seorang suami yang soleh. Maka dengan itu aku perlu jadi solehah. Ubah sedikit demi sedikit sebab Allah tak pandang kuantiti, sebaliknya kualiti =)



Saturday, 22 August 2015

Jumpa Kawan Lama

Assalamualaikum...

Seperti yang dirancang, hari ni aku jumpa kawan lama aku pagi tadi. Sayangnya aku yang terlambat jumpa dia atas sebab tertentu. Mujur dia seorang yang sangat cool dan senang tolerate. Haa orang macam ni la boleh buat bini.

Aku kenal dia waktu darjah 6. Before this dia stay kat selangor. Kami sama-sama dapat straight A dan sama-sama masuk smkay. Masa form 1 je kelas sama. Masuk form 2 kelas berbeza. Then lepas form 3 sama-sama pindah sekolah. Sampai uni pun berbeza. Apatah lagi course. Dia architecture. Aku economics.

Tadi kami jumpa sekejap je. Dalam satu jam lebih. Mula-mula aku bawa dia pi titi hayun pastu pi kat jalan baru perigi pulak. Aku ajak dia naik tangga sebab nak tunjuk view sekitar daerah yan. Sumpah cantik. Kalau pergi awal pagi lagi best. Rasa dingin jaa.


Namanya Izzah Aida. Walaupun mak ayah penjawat awam dan bergaji besar dia tetap humble.

Antara topik kami yang bualkan tadi of course la pasal campus life. Dia terkejut bila aku cakap next sem credit hours 24. Dia cakap sepatutnya 18 jam kredit je. Haha itulah hakikat aku kena terima. Next sem memang super duper busy. Btw aku rasa awal sem depan nak pi uia. Dia jemput. Haha again aku seludup masuk. Sebelum ni aku seludup masuk utp dan ukm kampus kl. Noti gilaa. Hahaha.

Akhir sekali, aku bersyukur aku tak baik mana tetapi sayangnya Allah pada aku dia hantarkan orang yang baik-baik sekeliling aku. Syukur alhamdulillah. Semoga aku menjadi seorang insan yang bermanfaat untuk orang lain=)