Tuesday, 27 October 2015

Dr Nurazah Isa Idolaku

Assalamualaikum...

Siapa idola kamu? Ini soalan yang tidak asing bagi kita sejak di bangku sekolah rendah. Aku percaya ramai yang meletakkan Tun Mahathir sebagai idola sebab semasa pemerintahan beliau ekonomi negara berkembang pesat di samping kebajikan rakyat lebih terjaga. Semakin meningkat umur semakin ramai orang-orang yang sangat bermotivasi muncul di kaca tv. Lalu kita jadikan dia sebagai idola yang baharu. Sama macam aku, Prof Dr Muhaya idola yang aku pilih sebab setiap butir kata yang diungkap membuatkan aku rasa bangkit. Terima kasih prof. Selain itu, Dr Nurazah Isa juga idola aku. 


Pasangan sebelah kiri siapa tak kenal iaitu Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana (blogger terkenal). Pasangan sebelah kanan pula ialah Dr Aizat dan Dr Azah. Keempat-empat mereka penulis buku Diagnosis. Macam mana aku boleh jadikan Dr Azah sebagai idola? Sejak aku jumpa instagram account milik dr azah, aku rasa nak stalk. Mula-mula aku tertarik sebab gambar. Gambar-gambar yang Dr Azah upload memang kena dengan jiwa aku. Kemudian caption dr azah penuh dengan motivasi. Walaupun beliau penat bekerja dan on-call, beliau tak pernah lupa untuk ambil makanan yang sihat. Yang paling penting jangan skip breakfast. Selain tu beliau amat sukakan bunga. Dan kebiasaannya beliau akan bercuti di kawasan yang bertemakan alam. Jiwa dr azah lebih kurang sama dengan aku. That is why aku sentiasa ingin tahu perkembangan beliau. Korang boleh follow ig beliau @nurazahisa. Lastly, siapa idola korang? Boleh share di ruangan komen. Terima kasih!

10 comments:

  1. Yang baik kita jadikan tauladankan..

    ReplyDelete
  2. Yang penting, idola membawa kita ke arah yang lebih positif dan bersemangat dalam menjalani hari hari yang mendatang. Kan :)
    Ermmmm... Sapa ye idola saya... Huhuhu

    - KTC

    ReplyDelete
  3. kenal dr azah sebab baca diagnosis,,lepas tu stalk dia,suka sgt tengok muka dia,,macam suci je :)

    ReplyDelete
  4. Kenal Dr. Azah pun sebab baca diagnosis juga. Cuma tak pernah tengok ig dia lagi. Sat lagi nak tengok

    ReplyDelete