Assalamualaikum...
Novel Prognosis yang aku beli pada sem lepas baru dibaca pada tahun ni. Aku beli dengan menggunakan baucar buku pada pesta buku di Stadium Gong Badak. Sebenarnya aku nak beli buku Diagnosis 2 hasil karya Dr Anwar Fazal. Tetapi aku silap beli sebab aku sangkakan novel Diagnosis 2 dah release batch yang baru. So cover buku dah lain. Bila tengok nama penulis memang sah aku salah beli. Sem lepas aku baca intro je. Rasa tak menarik so aku terus stop. Terdetik untuk baca novel tu pulak sem ni dan alhamdulillah sebenarnya novel ni sangat-sangat menarik. Memang tak rugi la baca novel ni sebab ia betul-betul beri pengajaran. Aku berhajat untuk share beberapa input yang aku rasa sangat berguna untuk kita semua.
1- Dr Jacknaim asalnya seorang yang nampak gangster tetapi berubah menjadi warak dan berdisiplin setelah memasuki matrik.
2- Keputusan cemerlang ketika matrik membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di USM Kubang Kerian dalam bidang perubatan.
3- Beliau pernah gagal dalam peperiksaan tetapi terus bangkit kerana gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.
4- Rajinkan diri untuk menyertai aktiviti di universiti dan yang penting join usrah supaya kita rasa terbimbing ketika di universiti.
5- Dimarahi oleh pihak atasan/pengajar kerana kesilapan kita bukan atas dasar niat untuk memalukan, tetapi untuk kita belajar dari kesilapan.
6- Sentiasa bertanya jika tidak tahu supaya tidak sesat jalan.
7- Walaupun sesibuk mana pun kita, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
8- Sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita ada sedangkan ada manusia yang lebih susah daripada kita.
9- Sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku di sekeliling kita.
10- Biar bersusah-susah dahulu dan senang kemudian.
sy dah baca buku ni,mula mula agk bosan,,tp lama lama bestt,tambah2 yg bila posting O&g :)
ReplyDeletebetul-betul. memang 1st chapter agak bosan
DeleteAdik akak terbeli buku ni juga masa akak suruh beli buku Diagnosis 2. Rasanya sampai sekarang takde orang lagi yang baca buku ni dekat rumah.
ReplyDelete