Assalamualaikum...
Aku bila stress suka keluar jalan-jalan dan cari makan. Oleh sebab tu aku decide untuk keluar malam tu jugak cari a slice of cake. Orang cakap bila stress molek makan makanan yang manis as the sweet can release our stress. Aku tak tahu pulak sejauh mana benar fakta tu tapi aku admit bila aku makan cokelat or something sweet, i can feel the free. That's why orang mesia banyak dapat diabetes. Asal stress je banyak makan. Dah tu manis pulak. Haha
Oleh kerana ada promosi, aku beli la dua slice.Then kitorang cari port yang sesuai untuk makan kek. Selalu pegi kampung cina, tapi sebab dah jemu kitorang decide ke masjid kristal. Dari atas jambatan dah nampak warna-warni sekitar masjid kristal. Serius lawa pemandangan tapi sayangnya time tu dah hujan rintik-rintik. Elok ambik dua tiga keping gambar hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa la jugak makan kek dalam kereta.
Hujung-hujung sem ni biasa la orang dah stress. Assignment banyak, kekangan kewangan, test menanti, kelas ganti beratur. Pastu stress pulak dengan sikap kawan. Ada yang tak bagi kerjasama untuk group assignment, berdengki tak tentu pasal. Uh! Macam lecturer aku cakap, kita ni kena pandai manage stress. Tak pandai manage boleh makan diri sendiri. Sampai sekarang aku ingat kata-kata tu.
Betul Kita kena cari cara untuk de-stess.
ReplyDelete