Penerbangan dari Alor Setar ke Terengganu mesti kena transit di KLIA2 atau Subang. Aku pernah transit di kedua-dua lapangan terbang dan masing-masing ada pro and cons. Walaupun begitu, aku prefer transit di subang compare dengan klia2.
Tak Ramai Orang
Jika dikira dari segi kepadatan, semestinya klia2 mempunyai pengunjung yang lebih banyak daripada subang sebab kat situ ada banyak penerbangan ke luar negara. Kat subang pun ada jugak penerbangan ke luar negara tapi sangat sikit. Yang aku tau pun dari subang boleh ke Koh Samui. Bila orang tak ramai memudahkan lagi pergerakan aku dan aku tak senang rasa rimas.
Tiket Murah
Trademark AirAsia 'everyone can fly' menunjukkan bahawa syarikat penerbangan mereka merupakan syarikat penerbangan termurah. MAS pula dikatakan syarikat penerbangan yang agak mahal sebab keselesaan yang penumpang peroleh tak sama dengan syarikat penerbangan lain. Sungguh pun begitu ada kala yang murah akan jadi mahal dan yang mahal akan jadi murah. Tapi syukur time aku nak balik cuti selalunya malindo atau firefly yang murah. Sebab tu aku suka transit di Subang.
Kemudahan Memuaskan
Walaupun Subang Airport tak besar macam KLIA2, masih ada tempat yang korang boleh lepak masa transit. Kat Subang ada Mcd, Secret Recipe dan Food Court. Still boleh surf internet dengan wifi percuma kat McD. At least tak la rasa bosan sangat.
Kawan
Kawan aku masa form 6 ada kerja kat Subang Airport sebagai announcer assisstant. Normally sebelum aku terbang dari kedah atau terengganu aku akan contact kawan aku. Senang sikit waktu transit tak dela bosan sangat sebab ada teman untuk berbual.
Di Subang Airport bersama kawan-kawan dari
UKM KL
Departuring to penang
Belum peluang lagi nak naik flight dari Subang atau KLIA 2
ReplyDeletein shaa Allah satu hari nanti ada la peluang kak farah =) munirah pulak belum berpeluang ke luar negara. Rasa teringin sangat...
ReplyDeletein shaa Allah satu hari nanti ada la peluang kak farah =) munirah pulak belum berpeluang ke luar negara. Rasa teringin sangat...
ReplyDeletekita xpenah lgi naik flight kt subang ataupun KLIA 2...menarik plak bila baca ni, bru tau kedai2 yg ad kt subang ;D
ReplyDeleteKat klia2 lagi banyak kedai yg jual barang2 branded. Hehe
Deletetak pernah pergi Subang Airport lagi, biasanya naik KLIA2 kalau nak balik Kelantan from KL sebab dekat and mudah ngan public transport dari kampus (naik ERL) :)
ReplyDeletehuhu..klia brg mahal
ReplyDelete