Disebabkan kelas korea hari ni batal, maka aku dan kawan-kawan aku cadang pergi beriadah di bukit keluang. Kitorang pergi 6 orang include dua orang budak mapem. Perjalanan dari umt ke bukit keluang, besut mengambil masa satu jam lebih. Alhamdulillah selamat sampai =)
Majoriti kawan-kawan nak naik banana boat dan tak nak hiking. Serius aku agak sedih tapi bagi aku naik banana boat pun ok jugak memandangkan aku tak pernah naik pun. Kalau nak naik banana boat dari bukit keluang ke pulau rhu, korang kena bayar RM20 per person. Bagi aku affordable la sebab servis tip top dan abang yang bawak boat tu layankan je kitorang.
Kasut dan beg korang tak boleh dibawa bersama naik banana boat. Korang kena tinggalkan di khemah. Dan korang boleh je bagi smartphone korang kat abang yang bawa boat tu supaya tangkap gambar korang. Waktu kat pulau, korang boleh swim kat situ. Abang tu bagi masa setengah jam. Serius ar pulau rhu tu cantik gilaaaa.
Life jacket mesti la kena pakai. Walaupun ada abang sado, abang sado tu manusia jugak. Mau cramp kaki masa dalam air, abang sado pun boleh terkapai-kapai.
Sebelum naik banana boat, kena ambik aura dulu. Oh ya for extra safety, pakai la stokin sebab pasir sangat panas. Besides kita nak elakkan kaki kita daripada berdarah disebabkan terpijak pasir tajam. Lagi pun kaki aurat. Pakailah stokin =)
Aku tak sure kenapa gambar ni tetiba tak clear bila aku upload kat blog nih. It doesn't matter as picture worth to tell everything. So ini la aktiviti kat pulau rhu. Swimming hampir setengah jam dan abang tu layankan je karenah kami. Banyak gambar yang dia tangkap tapi aku pilih the best untuk diupload.
Eh yang ni clear pulak! Korang tengok la cemana kitorang survive guna live jacket. Haha mujur la aku pernah buat water confident masa kat sekolah menengah. Boleh jugak la aku swim dengan pakai life jacket.
Yang ni pun blur jugak. Haihhhh tapi cukup la untuk aku tunjukkan betapa cantiknya pulau rhu ni =)
Lepas mandi di bukit keluang kitorang pergi ke Thai Festival di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Serius banyak gila makanan dan pakaian yang dijual. Aku berjaya beli coconut ice cream dengan harga RM7. Rasanya lemak manis dan sangat sesuai dimakan musim panas terik ni. In shaa Allah jika ada masa aku nak ke Thai Festival lagi dan nak update entry khas berkaitan Thai Festival. Ada yang nak baca tak??? Hehehehe
woww bestnya awak.
ReplyDeleteye memang best sgt2. nanti nak naik lagi
Deleteserius besttt....
ReplyDeleteWow best nya !!! =D Naik banana boat? Boat paling kak ain takut nak naik, huhuhu. (",)
ReplyDeleteActually, just nak cakap pulau rhu ni mcm pulau dekat movie DOTS jerk. Eh? Hihi. Seriously, nampak cantik. ♥
p/s : Best nya dapat belajar bahasa korea. (",)
wuuuu...best nyer..nak naik jgk banana boat..tp cmne erk nk contact owner dy..
ReplyDeleteBestnya keluar ramai-ramai macam ni. Cantik tempatnya! :D
ReplyDeleteLau nk stay kt pulau rhu tu boleh ke?
ReplyDeleteLau nk stay kt pulau rhu tu boleh ke?
ReplyDeleteAda number abang tuh tak ?
ReplyDeleteKalau ada. Nak asap,thank you.