Friday, 22 April 2016

Sebab Aku Suka Tinggal Di Terengganu

Assalamualaikum...


Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Memang benar sejauh mana kita pergi mesti tempat sendiri jugak yang berada di hati. Tetapi dalam hidup ini, kita kena melangkah jauh untuk luaskan pemandangan dan pengetahuan kita. Ya, jika mahu membuat perbandingan, pasti ada kekurangan negeri Terengganu dengan negeri Kedah. Begitu juga kedah. Tetap ada kekurangan.

Orangnya Baik

Sudah setahun lima bulan aku berada di bumi terengganu, alhamdulillah memang orang terengganu sangat baik orangnya. Aku ingat lagi waktu aku dan roomate pergi pantai belakang umt untuk tengok sunrise, ada seorang pak cik nelayan datang menegur. Diberinya nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh supaya nanti dapat balas jasa ibu ayah dan jangan jadi seperti sesetengah pelajar yang mengambil kesempatan untuk berjoli dan dating sana sini ketika berjauhan dari mak ayah.

Makanan Tradisi Mudah Didapati

Walaupun rumah aku di kedah agak dekat dengan tanjung dawai, keropok lekor terengganu tetap terbaik sebab banyak isi ikan berbanding tepung. Kat sini juga aku belajar makan pisang goreng cicah sos keropok lekor. Fuhhhhh sedap. Kalau orang johor pulak makan pisang goreng cicah sambal hitam. Yang ni pun aku pernah makan sebab roomate tolong buatkan. Sedap jugakkk. Besides nasi kerabu bersepah-sepah dijual dan sangat mudah didapati.


Keropok Lekor


Nasi Kerabu


Banyak Tempat Pelancongan


Syukur aku ditempatkan di Kuala Nerus which is berjiran dengan Kuala Terengganu. Aku dah explore banyak tempat seperti Masjid Kristal, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pasar Payang, Kampung Cina, Bukit Keluang, Mini Zoo Kemaman, Pantai Batu Burok dan macam-macam lagi. Yang paling best kat sini banyak pantai. Lagipun belakang rumah sewa aku ni pantai. Kekadang bila rasa depress pergi la bertenggek kat situ mencari ketenangan.


 Masjid Kristal


Kampung Cina


Masjid Terapung

Muzium Negeri


Dekat Dengan Airport

Yeahhh UMT sangat dekat dengan airport compare stesen bas. Walaupun dekat, bila pesawat nak take off kat umt sebenarnya tak dengar. Dan bila aku kebetulan lalu kat airport, aku akan berhenti sebab nak tengok pesawat take off. Walaupun aku dah banyak kali naik belon, tahap jakun aku tu still tak berubah. Kalah kawan aku yang tak pernah naik belon ni.


Sultan Mahmud Airport

Pemimpin Yang Baik

Korang pasti tahu yang terengganu dipimpin oleh dato' Seri Ahmad Razif. Berdasarkan pemerhatian, beliau banyak turun padang dalam menyelami hati rakyat. Contoh beliau turun melihat kawasan student umt dipercayai lemas, ziarah seorang budak lelaki yang kehilangan mak ayah dan adik-beradik yang lemas di belukar bukit, beri semangat kepada pelajar perempuan anak yatim yang videonya ditendang supaya kembali ke sekolah. 

Aku ditempatkan di Terengganu selama tiga tahun. Dalam tempoh tiga tahun ini pastinya aku mahu mencipta kenangan sebanyak dan sebaik yang mungkin. Terlalu banyak suka dan duka yang telah tercipta di bumi terengganu ini. Semoga Allah pelihara terengganu =)

11 comments:

  1. plan tahun ni nak gi Terengganu... tapi belum tcapai lagi ni huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ada rezeki dapat jugak datang sini =)

      Delete
  2. cantiknyer masjid kristal. kalau ada rezeki hope dapat gi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye masjid kristal waktu malam memang cantik. dekat dengan masjid kristal ada replika masjid-masjid yang ada di dunia, yang tu saya tak pernah masuk lagi sebab yuran masuk dalam rm40 macam tu.

      Delete
  3. part keropok lekor tu yg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu betol. seronok dapat makan keropok lekor sokmo

      Delete
  4. I'm terengganunian asli mak ayah. hihi, proud jap. Lain kali datang lg ganu awakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah walaupun saya dah grad dari umt nanti saya akan berkunjung ke terengganu lagi. mana boleh lupa tempat kita menuntut ilmu =)

      Delete
  5. yuppp suka terengganau jugak.. =)
    saya 4 thn belajar di kuala terengganu, sllu lepak pantai
    makan ict, ahh rindunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun rumah saya tak sampai 1km dengan warung pok nong, saya tak pernah makan situ. asal lalu je mesti crowded.

      Delete
  6. Ya Allah serononknya! Teringin sangat nak pergi Terengganu especially pulau-pulau dia.

    ReplyDelete