Monday, 23 May 2016

2nd Year Economists Family Day

Assalamualaikum...




Semalam (22 Mei 2016) telah berlangsungnya family day untuk pelajar ekonomi tahun 2 UMT di pantai INOS (Institut Oseanografi) pada jam tiga petang. Sebenarnya family day adalah reward untuk kami yang telah menjalankan survey bagi penduduk di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tentang penggunaan elektrik. Survey yang kami jalankan ini ialah assignment bagi subjek Ekonomi Tenaga. In shaa Allah carry mark memuaskan. Teheeee. 

Alhamdulillah lecturer bagi subjek Ekonomi Tenaga sponsor ayam untuk barbeque. Then kitorang tambah menu seperti bihun goreng singapura dan biasa, sosej bakar, corselaw, agar-agar dan buah tembikai. Air pula ada tiga jenis iaitu green tea, anggur dan koktail. Selepas masing-masing menjamu selera, budak laki main bola tampar sementara budak perempuan ambil angin di kawasan sekitar.




Untungnya UMT ni sebab kitorang punya universiti sangat dekat dengan pantai. So kitorang boleh main bola tampar pantai kat sini dan ramai jugak student sebenarnya release stress kat pantai inos selain pantai tok jembal.




Memang tak sah lah kan kita gi event tak tangkap gambar untuk dibuat kenangan. Walaupun tak ramai yang attend semalam sebab busy menyiapkan tugasan, event tetap happening. Semoga ikatan persahabatan kita satu kelas kekal dan tak sabar rasanya nak konvo tahun depan. One more year to go!

2 comments:

  1. gambar polaroid selalu nampak cantik untuk kenangan.
    fighting!!! selamat berkonvo tahun depan walaupun lambat lagi InsyaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. even filemnya mahal tapi memang gambar polaroid sangat puas hati. terima kasih atas ucapan dan doakan saya dapat berkonvo dengan jayanya =)

      Delete