Pada 18 hingga 19 Mei 2016 pelajar ekonomi dan accounting pergi ke Pulau Bidong. Pulau ini merupakan stesen penyelidikan UMT dan semua pelajar UMT berpeluang datang ke sini sempena program survival laut. Batch sebelum aku berpeluang spend masa di sini selama dua hari, tetapi akibat kos kian meningkat maka bermula batch aku program dipendekkan hanya untuk satu hari sahaja.
Kami menaiki bot RV Discovery milik UMT dan perjalanan dari mengambil masa kira-kira 40 minit dari Jeti Merang, Setiu
Pulau ini sangat kaya dengan cerita sejarahnya. Pada tahun 1970-an ketika Vietnam berperang dengan Amerika Syarikat, rakyat Vietnam melarikan diri ke Malaysia dengan menaiki kapal dan singgah ke pulau ini. Sampai ada satu masa, pulau ini dapat memuatkan seramai 400 000 orang dan oleh sebab itulah pulau ini dikenali sebaga 'mini saigon'.
Patung Buddha sejak zaman 1970-an yang dibina oleh Vietnamese. Jika anda perasan kepala patung Buddha tiada dan ada yang berpendapat bahawa kepala patung Buddha ditanam di bawah tanah atas sebab-sebab tertentu.
Untuk maklumat korang, ini ialah tugu peringatan mangsa lemas bot pelarian vietnam yang bocor pada suatu zaman dahulu. Sebab itulah setiap tahun pasti ada rakyat Vietnam datang ke pulau bidong setiap tahun untuk menziarahi pusara saudara-mara mereka. Dan sebab itulah para peserta survival laut kena behave sebab kat pulau ni ada kubur pelarian vietnam. Oh sebelum terlupa yang berbaju hijau ni fasi saya, Encik Khalish. Semua fasi sebenarnya staf-staf UMT sendiri =)
Aktiviti kami sangat padat memandangkan survival laut hanya satu hari sahaja. Sebaik sahaja kami sampai di jeti pulau bidong, kami terus hiking bukit di pulau tersebut. Kemudian kami kena buat water confidence di mana kami perlu berenang dengan memakai buoyancy aid kira-kira 150 meter ke kapal UMT. Kemudian kami wajib buat terjunan maut dari atas kapal. Alhamdulillah air tak masuk ke dalam hidung, mata mahupun mulut.
Selepas itu kami ada aktiviti berkayak di kawasan yang dihadkan. Kemudian kami dapat snorkeling di pulau tersebut. Kat sini memang banyak coral. Maka kami tidak boleh pakai lotion atau apa-apa produk yang mempunyai bahan kimia sebab ia mampu menyebabkan kerosakan terhadap coral. Disebabkan aku pernah snorkeling sebelum ni, maka aku diberi kepercayaan ke kawasan lebih dalam. Perkara yang membuatkan aku sangat terpegun ialah aku dapat melihat jengkaut dan basikal di dasar laut. Kata fasi, di dasar laut ada bas dan rumah yang ditinggalkan oleh pelarian vietnam.
Pengalaman survival laut sangatlah priceless. Aku datang ke sini tanpa geng aku. Mula-mula aku agak takut nak join sebab tak ada teman berbual, tapi disebabkan aku minat dengan aktiviti air, maka aku terus join dan tak paling ke belakang lagi. Sangkaan aku jauh meleset sebab sepanjang program di sini aku disambut baik oleh kawan-kawan yang bukan geng aku. Sungguh aku rasa bahagia sebab aku rasa aku lebih dekat dengan semua orang. Aku dah tak teragak-agak lagi untuk join program universiti tanpa geng aku.
Mungkin aku agak terlalu penat maka aku tertidur dalam bot. Yela malam tu aku asyik terjaga sebab lenguh badan dan kami terpaksa tidur berhimpit. Biasalah nama pun survival kan. Sungguh, keluar dari zon selesa sangat mengeratkan hubungan kami di mana masing-masing membantu antara satu sama lain. Mungkin ini ialah kali pertama dan terakhir aku ke sini. Sungguhpun begitu, tak akan aku lupa pengalaman di sini dan saya sangat bangga menjadi warga UMT =)
saye pun suka sangat dengan aktiviti mcm hiking, jungle trekking n snorkeling ni. best n mencabar :)
ReplyDeletebila dapat buat semua tu rasa sangat puas
DeleteI'm not really a big fan of these kind of activities tapi memang kagum sangat dengan orang yang suka benda-benda macam ni.
ReplyDelete