Assalamualaikum...
Semalam line wifi rumah aku laju. Rugi la kan kalau tak tengok movie. Lepas aku tengok citer Ayam Den Lapeh, aku tengok movie 5 beradik kat youtube. Aku ingatkan cerita ni cerita sedih. Yela, tajuk pun dah nampak sedih. Tapi cerita ni funny dan mengisahkan keluarga harmoni. Ala scene gaduh-gaduh kecik tu ada tapi bagi aku tetap lawak.
Ianya mengisahkan empat beradik iaitu Along, Angah, Acik dan Acu yang keempat mereka merupakan anak angkat kepada seorang mak cik ni. Pada hari raya, mereka didatangi seorang wanita yang nama gelarannya kak long dan merupakan anak angkat kepada mak angkat empat beradik tersebut. Kesahihan status kak long diakui oleh tok ketua.
Kehadiran kak long dalam keluarga tersebut memang membawa banyak perubahan yang lebih baik. Angah yang kaki judi dah berhenti judi selepas kak long langsaikan semua hutang angah. Lagu yang dicipta oleh angah pulak disukai oleh pihak studio. Itu pun atas bantuan kak long.
Satu kejutan berlaku apabila acu menjumpai sepucuk pistol kepunyaan kak long dalam bagasi kak long apabila kak long meminta acu mengambil ipad. Acu memaklumkan perkara tersebut kepada along kerana along seorang yang sangat boleh dipercayai dan bertanggungjawab dalam keluarga. Along mengambil keputusan untuk ke KL bagi mencari identiti sebenar kak long. Sebelum ni kak long ada cakap kak long stay di KL dan kononnya buka perniagaan di London.
Kepulangan along dari KL membawa berita yang tidak terduga. Sebenarnya kak long merupakan samseng. Tapi itu dulu. Sekarang kak long dah bertaubat. Namun, di atas ketidakpercayaan along, kak long kena keluar dari rumah tersebut.
Dua orang lelaki yang merupakan geng samseng kak long dahulu datang ke rumah empat beradik tersebut bagi meminta wang dari kak long. Namun keempat-empat beradik diculik apabila dua orang lelaki tersebut difahamkan kak long sudah keluar tersebut. Apabila kak long mendapat khabar bahawa keempat-empat adiknya diculik, kak long terus pulang ke rumah dan kedua-dua orang samseng tersebut tewas di tangan kak long. Akhirnya mereka lima beradik berbaik semula.
Jalan cerita nampak macam sedih tapi cerita ni sangat santai dan lawak. Pelakon-pelakon pulak membawa watak dengan sangat baik sebab diorang langsung tak nampak kekok. Paling best sebab Ungku Ismail berlakon dalam citer ni. Huhu. So, korang kena tengok tau citer ni =)
waah kena tengok ni kat youtube! macam best je hehe
ReplyDeletebaca review pun dah rasa best hehe nak tengoklah nanti
ReplyDelete