Monday, 30 May 2016

Nasi Daging Utara Sedap Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Korang nak tahu makanan utara apa yang senang nak dapat kat terengganu ni? Haaa mestilah laksa penang. Korang boleh dapatkan laksa penang di pasar malam, gerai mahupun cafe. Memandangkan laksa penang bukanlah kegemaran aku (prefer laksa kedah sebab kuah pekat), aku tak de la terasa mengidam sangat nak makan laksa penang. Tapi pasembur (makanan orang penang) susah nak jumpa kat sini. Pi kat nasi kandar pun tak jumpa. Terpaksa la tahan kempunan tu sampai cuti nanti.

Macam biasa lah soalan yang paling susah untuk student u macam aku ni, nak makan tang mana??? Haih dah banyak kedai kami singgah. Sampai dah muak. So dinner kali ni sedikit jauh dari rumah iaitu di Padang Nanas dan kafenya sangat hipster. Aku ingatkan kafe hipster ni jual western je sebab nama kafe pun Kopi T'Pot. Dengan decoration ala-ala English lagi. Pastu aku punya assumption harga makanan mesti mahal dan makanan tak sedap. Dah banyak kali aku makan kat kafe hipster tapi makanan warung tepi jalan jauh lebih sedap.






Aku tak tau kenapa gambar tetiba jadi blur. Tapi gini lah rupa kafe yang aku pergi semalam. Sangat cantik!


Aku pesan teh o ais dan nasi daging utara. Teh O Ais harganya RM1.50 manakala nasi daging utara harganya RM5.90. Memang sebijik macam utara punya cuma air asam tak berapa nak pekat. Tekstur daging pun tak keras. Mudah dicarikkan dan sedap untuk dimakan. Aku memang highly recommend korang makan nasi daging kat sini =)

2 comments: