Friday, 14 September 2018

Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Butterworth

Assalamualaikakum...

Seminggu yang lalu iaitu pada 8 September 2018, TUDM telah mengadakan hari terbuka di Pangkalan Udara Butterworth. Untuk makluman, open day ini jarang sekali diadakan dan ada info mengatakan open day hanya dibuat 10 tahun sekali. Memandangkan abang aku staf TUDM Butterworth, aku tak melepaskan peluang untuk join sebab sejak kecil aku memang suka tengok kapal terbang, jet dan helikopter. Alhamdulillah kami bertolak dari Gurun, Kedah seawal jam 6.45 pagi. Memandangkan abang staf TUDM, kami dapat parking di dalam kawasan airbase. Orang awam terpaksa parkir kat luar dan yang paling kesian ada yang terpaksa parkir 3km jauhnya.


Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pergi LIMA kat Langkawi sebab masa tu memang ramai tourists dan harga kat situ mahal. Bila ada RMAF Open Day ni memang satu peluang besar untuk aku tengok airshow aset pertahanan udara negara kita. Paling menyeronokkan aku tengok ramai rupanya orang awam suka tengok airshow ni. Harap TUDM boleh mengadakan Open Day dengan lebih kerap selepas ni. Sebelum aku akhiri entry kali ni, macam biasa aku belanja beberapa gambar masa kat sana.
























6 comments:

  1. Bestnyaaa! Teringin nak pi yang TUDM punya, dulu dh pi yang TLDM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah pergi Navy Day even abg ipar kerja kat navy base lumut. Nanti airforce buat open day awk kena try pergi sebab bukan setiap tahun diorang buat😊

      Delete
  2. Bestnya, tak pernah lagi pergi open day TUDM ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time pergi. Alang2 abg staf sini hehe.

      Delete
  3. Orang yang minat aviation, mesti akan rasa happy kalau dapat attend open day macam ni.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat tengok kapal terbang, jet dan helikopter secara live.

    ReplyDelete