Wednesday 6 August 2014

Simple But Long Vacayy

Assalamualaikum.



Rasanya sempat lagi untuk mun ucap "selamat hari raya dan maaf zahir dan batin". Raya tahun ni adalah raya yang lain sikit la buat mun sebab dapat beraya kat kedua-dua kampung just in a short period.



Best jugak raya tahun ni sebab dua kali berulang-alik balik perak. Disebabkan ulang alik tu, mun decide nakkan simple but long vacay. Boleh jugak vacay guna duit gaji sendiri. Mak tolong topup rm20. Haha pandai-pandai la guna duit tu.



Vacay yang mun maksudkan ni bukanlah vacay melawat banyak tempat dan boleh melayan perasaan. Vacay ni merupakan vacay yang memburu semangat dan membina confidence level yang sangat tinggi. I love this vacay. Duit just banyak spend kat makanan. Tempat penginapan, vehicle free sajo. Maknanya ini ialah vacay yg sangat low budget.



Dulu mun teringin datang sini tau. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Seronok dapat tengok life orang-orang di sini. Semuanya komited terhadap kerja masing-masing. Ni yang membuatkan mun rasa lagi nak duk sini lama-lama sebab nak betul-betul dalami life orang sini.



Seminggu masa yang cukup untuk mun duduk di sini. Nak pengalaman berada di tempat orang. Tempat ni bukan calang-calang orang boleh duduk. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja. Kiranya orang ni hebat la. 



Harapan agar mun dapat capai cita-cita mun. Tempat yang mun maksudkan ni akan mun bagi tahu untuk next entry. Maaf kalau rasa kosong bila baca entry ni. Just rasa teruja bila dapat berada di sini sebab keinginan dimakbulkan Ilahi.

No comments:

Post a Comment