Sunday 24 August 2014

To-Do-List

Assalamualaikum.


Lebih kurang seminggu je lagi aku nak daftar diri sebagai seorang pelajar bagi pemegang ijazah sarjana muda. Rasa cuak pun ada sebab aku tak berapa sukakan orientasi. Macam mana pun, aku kena reset pemikiran aku. Orientasi waktu master dah takde. Yang last pun untuk degree. So, hayatilah orientasi tu sebaik mungkin, ye!


Sebenarnya dari tadi aku tengah fikir to-do-list untuk awal pagi ni. Banyak benda kena buat. Kadang tu rasa serabut jugak. Tapi takpe aku kena well planned mende nih.


9 Pagi
Pergi CIMB tukar waran WPP. Memang tengah perlukan duit untuk beli barang masuk u. Hopefully kau guna WPP ni sebijak yang mungkin, ye munirah!



10 Pagi
Hantar dokumen yang perlu difotostat. Setiap satu dokumen aku buat 7 salinan. Kemudian nak cop pengesahan siap-siap. Nanti tak payah dua tiga kali balik dari terengganu mai kedah semata-mata nak cop ni. Biar buat siap-siap, tak kalut nanti. Tambang dua hala hampir RM100. Hidup kena berjimat, munirah.



2 Petang
Waktu petang aku nak habiskan masa dengan bershopping. Beli baju kat bundle je. Habis jimat nih. Hihi. Guna duit WPP. Ha, dan satu hal lagi. Esok aku kena kol pihak PTPTN sebab hari tu aku tersilap isi maklumat. Aku takut application aku gagal. Parokk parokkk. Harap-harap dipermudahkan.



Haa last but not least, aku dah reset minda aku pasal umt. Aku harap sangat aku enjoy berada di sana memandangkan aku suka nature. Tapi, kat situ agak panas. Tak pe. Nanti dah biasa ok la tu kan.


Haa gambar kat bawah ni kapal RV Discovery milik UMT. Dengar kata kapal ni kapal penyelidikan. Walaupun UMT ni saiz uni dia kecik, tapi mampu teroka seluas lautan tau. Haa, jangan main-main. Kau ado? Hihi. I'm proud to be UMTians.

No comments:

Post a Comment