Monday 22 December 2014

Doa-doa Ketika Menuntut Ilmu

Assalamualaikum...



Final exam is just around the corner. First paper aku on 29 december and the last paper on 15 january. Lebih kurang 2 minggu aku exam. Untuk sem ni, aku ambik 7 subjek. Tapi hanya 6 subjek yang ada final exam. 

To be honest, aku getar nak ambik exam ni sebab masih banyak silibus yang belum aku ulangkaji. Bukan apa, sebelum ni aku just fokus kat assignment dan test. Anyway aku bersyukur test sebenarnya meringankan lagi beban aku untuk ulangkaji for final exam.

Masa aku kecik-kecik sampai la sekarang mak aku selalu ingatkan aku supaya selalu berdoa. Sebelum aku keluar rumah mak aku akan tanya "dah doa belum?" Mak aku jugak suka tengok ceramah kat tv. Bila ustaz bagi doa apa-apa, dia salin. Pastu dia suruh aku amalkan. Tapi tu la aku ni pesyen tenggelam timbul. Kejap aku baca kejap tak. 




Walaupun aku tak amalkan setiap doa yang mak bagi kat aku, tapi aku amal doa basic sebelum aku ulangkaji. Masa aku tengah ulangkaji subjek psikologi, kawan aku tegur, "mun, cepatnye hang pick up!". Actually aku ni bukannya seorang yang sangat cepat pick up. Kadang tu take time jugak. Tapi bila Allah kehendaki, maka jadilah ia. Atau kata lainnya, kunfayakun.

Kat bawah ni aku sertakan doa basic yang aku baca sebelum ulangkaji.



Surah Al-Fatihah
Haa surah al-Fatihah sape yang tak tahu? Ni ummul kitab tau. Adalah lebih baik kita mulakan sesuatu dengan bacaan basmalah. Ditambah pulak dengan ummul kitab =)



Doa Penerang Hati, Memudahkan Kefahaman dan Urusan

Ketiga-tiga doa di atas memang aku baca sebelum ulangkaji. Alhamdulillah waktu belajar tu tak rasa stress sangat.


Ayatul Kursi
Khasiat ayat kursi memang hebat. Selain amalkan setiap kali selepas solat fardhu, please amalkan ia sebelum study, k =)

Doa dipermudahkan urusan by Heliza Helmi. Mula-mula aku susah nak hafal. Tapi disebabkan rentak dia best, lastly aku boleh catch up jugak. Bila aku dah suka, aku selalu je baca doa ni.


Kita kena ingat, doa senjata mukmin. Berdoalah walaupun doa kita sangat ringkas. Dalam bahasa Melayu pun takpa. Allah Maha Mengetahui. 

Keep Calm and Fighting for Your Final Exam =)

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan =)







No comments:

Post a Comment