Friday, 9 September 2016

Tukar Smart Phone Baru : Oppo A37

Assalamualaikum...



Memandangkan aku keje kilang cuma sebulan, maka gaji aku perlu diterima secara cash. Maknanya aku sendiri kena jumpa agen dan tanda tangan untuk terima gaji secara cash. That is one of the strongest reason why I come back home besides celebrating Raya Haji.

Mula-mula kemain ingat nak bajet duit, tak nak beli smart phone walaupun aku sendiri tahu Asus Zenfone 5 aku dalam keadaan nazak. Bila aku fikir banyak kali, aku sangat memerlukan smart phone baru sebab this sem aku busy dan aku banyak kerja luar yang memerlukan aku untuk record audio dan video. Tak kan asyik nak pinjam smart phone kawan setiap kali buat tugasan?

Dan akhirnya aku beli jugak Oppo A37. Cute je Oppo ni sebab secara fizikalnya it looks like Iphone. Nak beli Iphone tak mampu, dapat Oppo ni pun dah kira syukur alhamdulillah. Walaupun orang selalu kaitkan orang yang suka selfie dengan Oppo dek kerana fungsi kameranya yang menampakkan gambar kita lebih cantik, namun aku bukan penggemar fungsi kameranya. Ianya tak begitu natural.

Harga asal RM798 tapi kalau aku ambik pakej RM800, aku akan dapat free memory card 16gb, tempered glass, phone casing dan lunch box. Bukankah dengan menambah cuma RM2 itu sangat berbaloi??? Maka aku terus pilih yang RM800.

Rasa menyesal sebab gaji cepat habis?? Ada jugak sikit tapi bila difikirkan balik ia demi kemudahan aku dan biar aku tahu macam mana susahnya nak dapatkan wang demi mencapai sesuatu hajat. Aku fikir satu ja. Wang boleh dicari dan niat aku untuk memudahkan urusan aku, bukan untuk cewi!

4 comments:

  1. wow, smart ah die punye designn, mcm iphone dahh :)

    ReplyDelete
  2. As slm. Saya plan nak beli oppo a37 ni juga. Boleh anda share performance oppo ni tak sejak anda guna ada apa2 masalah tak? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. So far bateri setakat ni ok. Sehari sekali je saya charge sedangkan saya selalu online. Tapi fon ni boleh tahan hang nye. Walhal saya dah transfer gambar dan video ke lappy. Apps pun tak banyak.

      Delete