Thursday, 19 May 2022

Anak Saya Kena HFMD Lepas Raya 2022

Assalamualaikum.

Dah 4 tahun saya tak update apa-apa so kali ni saya nak share yang anak saya kena HFMD (Hand Foot Mouth Disease) atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai Penyakit Kaki Tangan Mulut. Biasanya HFMD dijangkiti oleh kanak-kanak yang berusia bawah 7 tahun. 

Masa raya ke-4 dan waktu ni anak saya berumur 9 bulan, saya perasan yg kat badan ada ruam tapi tak obvious sgt. Sy anggap tu ruam biasa sampai la waktu malam tu suhu badan anak saya agak panas. Jam 1 pagi anak saya terjaga memang anak saya menangis semahu-mahunya. Saya bagi susu pun dia tolak. Saya tanggalkan baju dan seluar kemudian saya basahkan badan anak saya. Dia ok sikit tapi still menangis dan tolak susu sampai ke cerah. 

Raya ke5 petang tu husband minta air penawar. Kata org yg merawat kalau budak badan panas memang tak nak susu, tapi kalau bagi minum air dia minum. Lepas je balik rumah dan bg minum air penawar baby dah kurang merengek.

Raya ke6 masa ni ruam naik banyak di seluruh badan. Kemudian sy perasan kat bibir dan lidah pun ada bintik merah. Masa ni sy syak HFMD. Petang tu suhu badan anak saya panas balik. Suami decide bawa pergi klinik. 

Sampai je klinik Dr cek suhu badan anak sy mmg demam. Kemudian Dr sahkan anak saya kena HFMD sbb ada ulser dalam mulut dan ruam di kaki dan tangan. Dr bagi antibiotik, ubat demam dan lotion untuk sapu pada ruam. Dr suruh kami kuarantin sampai anak sembuh. Biasanya dalam tempoh 1 minggu anak dah sembuh. 

Sepanjang 3 hari ni anak saya memang kurang selera makan sebab ulser dalam mulut. HFMD ni jadi sebab kebersihan ni kuranv atau terjangkit dari sesiapa. Jadi kalau curious dengan ruam yg ada pada badan anak cepat2 jumpa dr supaya anak kita dapat ubat yg betul. 




Friday, 14 September 2018

Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Butterworth

Assalamualaikakum...

Seminggu yang lalu iaitu pada 8 September 2018, TUDM telah mengadakan hari terbuka di Pangkalan Udara Butterworth. Untuk makluman, open day ini jarang sekali diadakan dan ada info mengatakan open day hanya dibuat 10 tahun sekali. Memandangkan abang aku staf TUDM Butterworth, aku tak melepaskan peluang untuk join sebab sejak kecil aku memang suka tengok kapal terbang, jet dan helikopter. Alhamdulillah kami bertolak dari Gurun, Kedah seawal jam 6.45 pagi. Memandangkan abang staf TUDM, kami dapat parking di dalam kawasan airbase. Orang awam terpaksa parkir kat luar dan yang paling kesian ada yang terpaksa parkir 3km jauhnya.


Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pergi LIMA kat Langkawi sebab masa tu memang ramai tourists dan harga kat situ mahal. Bila ada RMAF Open Day ni memang satu peluang besar untuk aku tengok airshow aset pertahanan udara negara kita. Paling menyeronokkan aku tengok ramai rupanya orang awam suka tengok airshow ni. Harap TUDM boleh mengadakan Open Day dengan lebih kerap selepas ni. Sebelum aku akhiri entry kali ni, macam biasa aku belanja beberapa gambar masa kat sana.
























Friday, 20 July 2018

Itinerary Sabah Trip 2018 (Day One)

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah rezeki aku dapat jejak lagi di negeri di bawah bayu untuk kedua kalinya. If tahun lepas aku datang sini dengan ex housemates aku, so kali ni aku datang dengan ex classmates aku masa sekolah menengah. Sumpah macam tak percaya sebab lepas SPM masing-masing belajar di tempat yang berbeza, after 7 years dapat gather bercuti. Sumpahhh seronok...



Actuallu bertujuh tapi disebabkan sorang kawan aku tak dapat cuti, tiket dia of course burn, so kami berenam jela pergi. Kami beli tiket hujung tahun lepas. Dapat la return flight RM250 per person dari Penang ke Kota Kinabalu. Kami depart dari Penang jam 10 pagi dan sampai di Kota Kinabalu jam 12.40 tengahari.



Kami sewa kereta Alza dengan harga sewa RM150 per day. Sesuai lah untuk 6 orang kan. Tapi masa otw ke Kundasang betul-betul mencabar naik kereta ni. Rasa berat tu ya ampun macam nak menangis.



On the way ke Kundasang jangan lupa siggah di Jambatan Tamparuli. Kat sini tak ada apa pun sebenarnya tapi sebab familiar dengan lagu Jambatan Tamparuli singgah la sini. Jambatan Tamparuli ni lepas sikit dari Tambunan. Boleh guna Google Maps senang jumpaaaa.



Aku still tak boleh lupa macam mana kawan aku jerit bila nampak Gunung Kinabalu yang besar dan tinggi ni. Aku masa first time tengok memang rasa jakun gila.



Sampai kat Pekan Kundasang  terus tangkap gambar. Masa kami sampai ni memang windy pastu berkabus. Memang tak nampak puncak gunung. Oh ya kami check in kat CMC Homestay, sangat dekat dengan Desa Cattle Dairy Farm. Harga homestay per night adalah RM191. Sorry gambar tak de tapi bagi aku memang cukup selesa stay kat situ. Deko cantik, ruang homestay luas, boleh barbeque dan owner sangat ramah and helpful.

Tuesday, 2 May 2017

Bawa Sabahan Dari Uitm Puncak Alam Jalan-jalan Di Terengganu

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas kawan housemates sabahan aku ada datang dari Uitm Puncak Alam. Dulu diorang sama-sama belajar di sekolah menengah dan matrikulasi, kemudian berpisah ketika menuntut pelajaran di universiti. UiTM punya mid sem break lambat dari universiti awam yang lain. Nanti kitorang sebelum raya dah habis semua exam tapi student uitm still kena exam lepas raya. Kalau gitu feeling raya pun macam tak best sangat. Liza datang sini hanya 2 hari 2 malam je sebab lepas tu dia ada program under Sispa. Memandangkan Liza datang sini sehari sebelum Labour Day, kitorang sempat bawa Liza pusing-pusing area Kuala Terengganu.


Pantai Teluk Ketapang

Memandangkan kitorang habis kelas jam 5 petang, kitorang decide untuk bawa Liza ke pantai berdekatan iaitu Pantai Teluk Ketapang. Pantai ni terletak berdekatan dengan airport Sultan Mahmud dan UMT. Yang paling best suasana kat pantai ni hidup sebab banyak aktiviti boleh buat. Pantai ni juga setanding dengan Pantai Batu Burok.



Kitorang bawa Liza naik kuda. Harganya ialah RM5 untuk pusing dekat-dekat je. Macam tak berbaloi pun ada.



Kat pantai ni ada pokok-pokok yang macam kat Jeju Island. Ramai orang datang sini untuk photoshoot.




Sekarang banyak pantai-pantai di Terengganu ada buaian macam yang dibuat di Lombok. Bagus juga tiru idea sebab ia attract pelancong. Tunggu turn jugak lah nak naik buaian ni. Hahaha.




Of course la iolss nak juga =)








Kampung Cina

Lepas isyak kitorang bertolak ke Kampung Cina. Kalau korang datang siang korang boleh bergambar di dinding-dinding yang ada mural, tapi kalau korang datang malam korang boleh tangkap gambar dengan cahaya lampu yang berwarna-warni seperti di i-City Shah Alam. Kebetulan waktu kitorang datang sini ada fun fair. Rezeki Liza dapat rasa suasana meriah.




Kitorang main dua game yang paling mencabar yang ada kat situ. Total untuk dua game adalah RM12. Sangat berbaloi!




View Kampung Cina sangat cantik. Seberang Kampung Cina ialah Pulau Duyong. Kebetulan malam tu ialah malam last untuk Duyong Art Festival. Dari jauh nampak Pulau Duyong sangat cantik.



Pulau Duyong

Pukul 11.15 malam kitorang bertolak ke Pulau Duyong bagi menyaksikan sendiri Duyong Art Festival. Mujur time kitorang sampai event berjalan seperti biasa. Actually banyak barangan dijual di sini dengan harga yang agak berpatutan dan pada malam tu semua penjual mengenakan kain batik yang dipakai di kepala, pinggang dan disilang di atas bahu. Budaya masyarakat di Terengganu ditonjolkan pada malam tersebut.



Peniaga menjual di atas jeti. Ni bukannya macam floating market.























Bukit Keluang

Kitoang bertolak seawal 7 pagi dan sampai di sini jam 8.30 pagi. Bukit Keluang menjadi kegilaan para pendaki disebabkan view yang sangat cantik korang dapat nikmati bila korang sampai puncak. Surprisingly aku hanya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke puncak sebab aku jarang berhenti berehat walaupun lutut dah terasa longlai. Great achievement untuk diri aku sendiri.




Cuma aku dan Liza yang hiking sebab yang lain tak pakai proper attire




Actually bila dah sampai persimpangan kitorang kena ambil sebelah kanan sebab view lebi cantik. Disebabkan Liza tak nak, maka kitorang ambil laluan kiri and still boleh nampak view.




Track di sini boleh tahan mencabar jugak sebab licin dan disebabkan itu aku jatuh terlentang sehingga mengalami luka kecil. Time tu nak turun dah, so aku gagahkan juga.




Basically inilah view yang korang dapat lihat dari atas



Masjid Kristal

Masjid Kristal ialah destinasi terakhir kami. Sebenarnya nak bawa Liza ke Masjid Terapung dan Pasar Payang. Tapi disebabkan kitorang penat maka kitorang ke Masjid Kristal sahaja. Most of tourist pun datang Terengganu sebab nak pergi ke Masjid Kristal dan pulau-pulau di Terengganu.






















Last but not least, aku rasa puas hati dapat bawa Liza jalan-jalan Terengganu. Dia pun rasa seronok dapat jalan-jalan kat sini sebab kat tempat dia tak ada pantai. Cuma katanya Terengganu sangat panas. Liza pun dah pulang ke Selangor, kitorang semua happy dan semestinya ia merupakan kenangan terindah buat kami semua. Syukur juga kepada Allah kerana memudahkan urusan kami sepanjang Liza ada di sini.

Tuesday, 4 April 2017

Short Trip To Padang Besar, Perlis

 Assalamualaikum...

Kebiasaannya unplanned trip akan menjadi real berbanding planned trip. Sama la macam aku dan kawan-kawan. Aku balik kampung baru kami plan nak pergi Padang Besar. Main purpose bukannya nak shopping sangat tapi saja nak keluar berjalan-jalan sebab pitih sikit hahaha.



Best jalan dengan diorang sebab disiplin tinggi. Kalau cakap pukul 8 semua kena siap, memang pukul 8 semua dah siap. Orang yang ada sikap begini akan membuatkan perjalanan lebih teratur. Kitorang pergi berempat naik KTM memandangkan railway station dari rumah hanya mengambil masa setengah jam. Dari Stesen KTM Gurun ke Padang Besar mengambil masa satu jam dengan tiket return RM15 seorang. Jimat masa, wang dan tenaga. Kalau naik kereta mau 2 jam jugak nak sampai Padang Besar. Minyak kereta pun mungkin RM50 pergi balik.



Perjalanan train adalah setiap satu jam dan tiket boleh beli on the spot. Alhamdulillah pengurusan KTM sangat baik, train tiba tepat pada masa =)



Train ramai sangat orang sehinggakan kitorang terpaksa berdiri. Boleh tahan lenguh jugak kaki ni



Ramai yang turun kat Stesen KTM Alor Setar. So aku dan kak yong cepat-cepat cari tempat duduk sebab ramai juga yang naik. Finally dapat juga =)



Pemandangan negeri Perlis yang menghijau. Cantik =)



Yeayy dah sampai pun Padang Besar!!!



Arked niaga Padang Besar dekat je dengan Stesen KTM Padang Besar. Kalau korang jalan kaki ambil masa kira-kira 5 minit. Boleh juga korang naik teksi dengan harga RM10. But we choose to walk sebab we are young and strong hahaha.



Sebenarnya cuaca tak de la terik sangat tapi boleh tahan banjir jugak ketiak ni



Selepas breakfast kat Kedai Kak Ina gerai no 1, aku mai sini tangkap gambar. Banyak kali dah mai Padang Besar tapi tak pernah pun tangkap gambar kat sini.



Sesi shopping bermula. Kat sini ramai orang jual kerongsang. Banyak yang cantik dan harga agak murah. Lepas aku survey harga, rasanya souvenirs la yang paling murah. Kalau beg, baju dan kasut agak mahal juga harganya. Kat tempat aku lagi murah. Those yang suka skin care dan make up brand dari Thailand boleh datang sini, harga murah. Konklusinya harga sekarang tak semurah dulu sebab currency kita jatuh.



Ais krim kelapa ni sangat sedap. Korang boleh beli kat sebelah kedai kak Ina. Hanya RM5 satu.



Tom yam kurang pekat dan pedas. Depan rumah sewa lagi pedas. Sekali makan mesti nak lagi. Setiap kali makan mesti akan ke jamban. Hahaha sungguh berpuaka. Lepas makan kitorang berjalan pulang. Plan kitorang nak balik pukul 4 lebih tapi sebab masing-masing dah penat kitorang pulang satu jam awal. 

Sunday, 26 March 2017

Economics Annual Grand Dinner at Duyong & Marina Resort

Assalamualaikum...

Last Friday aku attend dinner course aku where it was organized by second year students. The main purpose of the dinner is to welcome the first year economics students and to celebrate final year students before graduating. So I would like to give a big thanks to second year students for their effort even there are some serious issues occur during the event. Hope you guys take them as a serious lesson in the future. Bab makan aku tak kisah sangat, tapi yang menyedihkan lighting sangat hambar. Maybe sebab kedudukan lampu yang sangat tinggi membawa kepada pencahayaan yang kurang memberangsangkan. Semua gambar terpaksa brighten. By the way I love the night view around Duyong & Marina Resort!!



All of these stuffs are not mine. Ni semua housemate aku punya. Rasa macam nak collect this kind of stuffs but when I got my monthly salary.



Taraa!!! Lots of love giving to mak andam for making me looks so gorgeous at that night. Most of my friends got stunned at me because I has never been put a heavy make up before. Usually aku letak foundation, loose powder and lipstick. Tapi untuk event ni I am wearing fake eye lashes, blusher and contouring my face. So nampaklah lebih berseri.



Most ladies will find the best angle for looking beautiful. Do like me lah!!!



As I said before I fall in love with the night view around Duyong Marina & Resort. Hey guys FYI kawan-kawan aku bukan setakat puji make up aku, tapi do my attire. Sebelum ni aku gi kelas pakai t-shirt, seluar slack, sneakers and bawal. But for this night I am totally changed my attire. Shawl and high heels housemate aku sponsor. Skirt and blouse tu aku beli sendiri. Ramai orang puji macam ahli korporat. Masin mulut korang mana nak tahu suatu hari nanti dapat bekerja dengan korporat. Hihi.


















Final Year Economics Students!!!