Monday, 30 June 2014

Rezeki 'Last Minute'

Assalamualaikum...


2 bulan sebelum further study baru dapat keje. Habis 8 bulan yang lalu wat pe?? Nape cakap rezeki last minute?? Nikmat sihat sebelum ni bukan rezeki ke??


'Rezeki last minute' saya maksudkan keje dengan adanya majikan. Kata lainnya keje dengan orang. Nak kutip pengalaman time muda macam ni.






8 bulan sebelum ni keje takde majikan. Sendiri kuli, sendiri boss. Buat bisnes sendiri. Banyak nauu bisnes yang mun buat. Dengan produk kosmetik, tuala wanita, kuih dan etc. Income tak da la banyak mana tapi boleh la support keperluan sendiri.


Honestly speaking, keje mun tu salary tak banyak pun. Tapi demi pengalaman, mun keje jugak. Mula-mula mak tak bagi, tapi bila dah bagi hujah yang bernas baru dia izin. Hehe.


Keje sehari minimum 10 jam ye. Buat masa sekarang mun terpaksa cover shift malam sebab pekerja shift malam baru benti keje. Kena fokus belajar. So Total masa keje 13 jam. Keje tak berat tapi bosan ni hanya Allah yang tahu. 


Alhamdulillah doa mun diperkenankan. Dapat jugak keje even lagi 2 bulan nak masuk study. Mak selalu pesan, biar la kita penat bekerja tapi tak sia-sia. Maksudnya bila dah bekerja tu jangan lupa jalankan perintah Allah, duit bagi kat mak ayah, sedekah dan buat simpanan.


Gaji kali kedua dah dapat. Syukur boleh jugak buat simpanan. Yela sekarang bulan puasa. Save la sikit duit makan. Pi keja pulak naik moto. Lagi la save duit. Bila dah besar baru tahu susahnya nak dapat duit. Kita kena buat perancangan simpanan yang bijak untuk masa hadapan.


Last but not least, jangan lupa berdoa kepada Allah. Rezeki yang ada di muka bumi ni Allah yang punya. Carilah rezeki yang halal. Rezeki halal kebiasaannya susah nak dapat dan upahnya sedikit tapi biarlah berkat sebab bila ada keberkatan hidup kita bahagia. 


==============================================


==============================================


==============================================


==============================================



No comments:

Post a Comment