Student life is very hectic. Buku sebagai teman. Memang bosan sebab setiap hari menghadap buku. Bukak buku 5 minit dah mengantuk.
Sebelum final exam lagi mun dengan kawan-kawan dari johor dah plan nak having our first vacayy kat langkawi. Alhamdulillah everything happened well. At least kami tahu acaner nak urus tiket feri, sewa kereta, tempat penginapan. Dan yang paling best boleh rasa makanan orang langkawi.
Kalau nak datang langkawi, mun suggest stabilkan ekonomi korang dulu. Baru la rasa feeling bercuti hahaha. Syukur la kami pergi vacayy tu atas duit biasiswa. Macam mun, study dah habis. Biasiswa ada lagi, guna jela duit tu untuk travel. Kadang tu kita perlu jugak bagi ganjaran kepada diri-sendiri setelah melalui hectic life kan...
Alam memang bagi ketenangan. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Travel ni bukan saja suka-suka. Sebenarnya nak tambah pengalaman dan pengetahuan. Bercutilah if korang lapang. Tambah-tambah bercuti kat tempat yang lebih bersifat alam semulajadi. Memang best.
Dengan travel ni la mun penah naik feri, bot laju, kayak, kapal terbang, bas, train, teksi, kereta sewa. Beca je belum naik lagi even dah berkali-kali pergi Melaka dan Penang. Kalau tak travel tak merasa la semua ni kan.
Baru-baru ni mun terjumpak video hasil Rewan Ishak kat youtube tau. Short film tu bertajuk 'pasport ekspres'. Audio short film tu pun best. Dengan tema ala-ala vintage lagi. Kemudian mun ada nampak video dia balik hometown kat Arau, Perlis. So video dia tu sedikit sebanyak membuatkan semangat mun nak travel tu membuak-buak.
Daripada cakap saja, lebih baik korang tengok sendiri video ni. Mana nak tau tergerak hati nak travel.
.
.
.
*
Inilah dia short film yang bertajuk 'Pasport Ekspres' yang dilakonkan dalam train, ladang tebu Chuping dan lain-lain. Sebenarnya ada moral lain yang boleh kita ambil dari cerita ni. Kalau nak tahu, tengok la sendiri short film ni. Rewan Ishak memang kreatif =)
.
.
.
*
Ni pulak video dalam train. Dari KL balik ke Arau naik train lebih kurang 10 jam. Cuba tengok scene waktu subuh. Cantik sangat =)
.
.
.
*
Video ni pulak promote tempat-tempat di Negeri Perlis seperti Gua Kelam, Wang Kelian, Ladang Tebu Chuping dan etc.
.
.
.
*
Trip pulang ke hometown part 2. Dipamerkan beberapa kegiatan ekonomi orang Perlis dan alam semulajadi yang ada kat negeri ni.
.
.
.
Dah puas tengok??? hehe best kan travel and up close to nature ni. Kita boleh tengok kebesaran Allah. Kemudian, mun nak state sikit tips-tips sebelum, semasa dan selepas travel ni. Tengok jangan tak tengok hehe.
SEBELUM TRAVEL
1- Cari tarikh yang sesuai. Kalau boleh biar lama sikit dalam 3 hari.
2- Cari kawan-kawan yang easy going. It means tak cerewet. Faham-faham jela bila travel ni mesti ada kekurangannya. Baru la mood vacayy tu ada.
3- Sekurang-kurangnya 5 orang ahli untuk vacayy. Ini semua bagi memastikan keselamatan lebih terjamin.
4- List barang-barang penting yang perlu dibawa seperti ic, pasport if needed, wang yang mencukupi, barang makeup, snacks untuk alas perut, ubat and etc.
5- Listkan tempat yang ingin dilawati. Boleh surf kat internet.
6- Survey dahulu tempat penginapan dan kereta sewa kat internet. Kena pandai bajet sebab duit lebih boleh shopping.
7- Booking paling lewat 2 bulan sebelum tarikh travel. Confirm 1 bulan sebelum travel.
SEMASA TRAVEL
1- Pastikan beg yang mengandungi ic, pasport dan etc berada bersama-sama dengan kita di mana sahaja. Jangan bagi kawan jaga even nak ke toilet sebab kawan pun boleh makan kawan.
2- Jangan update atau mention nama tempat yang anda berada di laman sosial pada masa tu. Takut keselamatan kurang terjamin.
3- Do not over enjoy. Orang tua-tua cakap kalau terlalu berseronok nanti akan ada benda yang tak elok datang.
4- Pergi ke mana-mana bersama teman even untuk ke toilet.
5- Bertolak-ansur. Citarasa setiap orang bukannya 100% sama.
SELEPAS TRAVEL
1- Simpan cenderahati dalam satu kotak. Sekurangnya kita tahu kita pernah pergi tempat tu.
2- Kalau ada perselisihan faham dengan kawan-kawan masa travel tu jangan la disebarkan cerita tu pada orang lain.
3- Time ni masa yang sesuai untuk cerita pasal travel anda. Pasal keselamatan tu tak la risau sangat.
Rasanya cukup la sampai sini saja. Entry kali ni bersifat umum. Nanti mun fokuskan satu persatu. Nantikan ya =)
No comments:
Post a Comment