Assalamualaikum...
Kau tau tak dulu lepas spm aku desperate nak nikah?
Sedangkan aku sendiri sedar aku belum bersedia.
Sebab apa desperate?
Ikut arus semasa nikah muda dengan alasan cliche nak elakkan maksiat.
Mak aku memang 100% disagree dengan keinginan aku.
Aku sambung STPM dengan kehendak mak aku dan keinginan aku sendiri.
Bagaikan tak percaya aku berjaya habiskan STPM.
Result memberangsangkan dan dapat tawaran ke universiti.
Mak aku cakap teringin nak tengok aku konvo.
Masa tu aku teringat jerih-perih mak aku nak tengok aku berjaya di dunia dan masa hadapan.
Sejak kecil mak kayuh basikal bawa aku pergi tuition.
Beli kamus dan buku latihan supaya aku jadi lebih bijak.
Buat kuih untuk dijual supaya aku senang belajar.
Sentiasa ingatkan aku berdoa dan selawat setiap hari.
Betapa besarnya pengorbanan mak aku.
Mak dah banyak berkorban untuk kita.
Kenapa kita sebagai anak susah untuk berkorban demi memenuhi keinginannya?
Mulai saat itu, aku dah tak desperate nak bernikah.
Malah aku lebih seronok belajar.
Sekarang aku berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Benar syurga di bawah telapak kaki ibu.
Restu ibu menyebabkan amalan kita diberkati.
Allah suka.
Aku sedar, bila ikut cakap mak banyak urusan dipermudahkan.
Buat kalian, kadang-kadang nak memenuhi keinginan ibu sangat perit.
Tapi Allah dah sediakan kemanisan yang kita tidak sangka.
Hargai mereka, buat mereka bangga dengan kita.
Gelaran anak soleh yang kita perlu kejar!
betul2,tambah dgn skrg trend kwn sekeliling kawen awal,tp mak ayah lebih tahu yg tebaik utk kita :)
ReplyDeleteKalau kita ikut kata ibu bapa, insya Allah akan ada berkatnya :)
ReplyDelete