Assalamualaikum...
Sejak aku kecil aku teringin merantau ke negeri atau negara orang dengan menaiki kapal terbang. Impian menjadi realiti ketika umur aku 18 tahun sebab abang aku mengahwini orang sarawak. Walau sekadar mesia tapi perasaan sangat teruja sebab impian dah jadi kenyataan.
Pada peringkat umur sebegini, rasa membuak-buak ingin melancong ke luar negara. Dapat ke negara jiran pun jadilah asalkan luar daripada malaysia. Bila difikirkan balik lebih baik aku mengerjakan umrah. Kalau ada duit lebih boleh mengerjakan umrah dan ziarah turki. Ya, turki merupakan negara yang aku idamkan untuk lawati.
Sudah banyak kali aku tewas dengan godaan dunia. Tidak kira mengumpul wang syiling mahupun kertas, akhir sekali simpanan itu aku gunakan bila tiada lagi wang di sisi. Aku ada baca buku sound direct part yang memesan supaya mengerjakan umrah pada usia muda kerana kudrat masih kuat. Ada benarnya kata ustaz abdullah khairi. Lalu semangat untuk mengerjakan umrah semakin membuak-buak.
Sejak minggu lepas, aku simpan duit rm5 warna hijau tu. Yang tu memang khas aku simpan untuk mengerjakan umrah. Duit syiling pulak aku simpan dari sem lepas. Duit syiling tu aku kategorikan sebagai simpanan untuk masa hadapan. Kunci sekarang untuk mengerjakan umrah ialah istiqamah. Maksudnya istiqamah dalam menyimpan. Meski negara dilanda 'badai', tiada siapa yang boleh menghalang kehendak tuhan. Semoga aku sempat mengerjakan umrah
pada usia muda. Ameen.
Last but not least aku minta maaf ayat aku agak berterabur. Baru balik kelas dan sangat sleepy. Gambar pun malas nak upload. Ayat last, semoga aku sempat mengerjakan ibadah haji. Ameen.
Semoga hajat itu dimakbulkan, INshallah Amin :)
ReplyDeleteameen. terima kasih =)
Deletesemoga impian menjadi kenyataan. bersusah dulu, hidup sederhana, makan sederhana dulu, sebab sikit-sikit lama-lama jadi bukit. go go go~
ReplyDeleteameen, yeah keep fighting!
DeleteMoga impian menjadi kenyataan :)
ReplyDeleteAmeen. Tq kak farah =)
Delete